11/20/23

Kenali 5 Warna Hingus Bayi Dan Apakah Petanda Di Sebaliknya

Edit Posted by with No comments



Warna Hingus Bayi


1. Jernih atau Putih 

Sekiranya hingus anak anda jernih atau putih, ianya bermakna bayi anda tidak mengalami sebarang masalah. Pastikan anak anda minum air secukupnya dan kalau boleh berikan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah limau atau oren.

2. Kuning

Sekiranya hingus sudah bertukar menjadi warna kuning, anda perlu lebih berhati-hati. Pastikan ada ubat demam standby di rumah ataupun di rumah pengasuh. Berikan penekanan pada keadaan langkah mengekalkan hidrasi anak. Jika keadaan berlanjutan selama 2 minggu atau lebih, biarpun tiada demam, bawalah anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

3. Hijau

Jika warna hingus anak bewarna hijau pula, jangan risau sekiranya ia hanya pada awal pagi atau sekejap-sekejap. Walau bagaimanapun, ibu perlu risau jika ia berterusan sepanjang hari, atau jadi likat (pekat) di dalam hidung sehingga mengganggu anak bernafas.

4. Merah / Coklat

Sekiranya hingus anak berwarna merah atau coklat, besar kemungkinan kulit di bahagian dalam hidung anak anda terlalu kering sehingga menyebabkan luka dan berdarah. Darah jika sedikit masih ok. Tetapi, perlu ambil tindakan cepat sekiranya darah mengalir berterusan/ banyak ataupun sedikit tapi berulang sehingga beberapa hari.

5. Hitam / Kelabu

Ini tandanya anak anda berada di kawasan yang udaranya tercemar, penuh dengan partikel udara yang tak sepatutnya seperti asap rokok, habuk-habuk atau debu-debu kotor. Cepat-cepat bersihkan rumah ye! Dan kalau ada orang sekeliling yang merokok, mohon mereka sekurang-kurangnya jangan merokok di dalam rumah, berdekatan bayi atau jangan pegang anak terus selepas merokok. Asap rokok boleh melekat pada baju dan asap second hand ni sama teruknya seperti menghembus asap rokok di depan anak-anak!


Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya bayi berusia bawah 3 bulan demam atau batuk selesema!

11/10/23

Produk Bayi Semula Jadi Pilihan Ibu Bapa di Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura

Edit Posted by with No comments

Mesti risau kan bila anak asyik menangis sebab mengalami selesema, tersumbat kahak, kembung, cirit-birit, sembelit, ruam di kulit dan sebagainya. Dukung sudah, menyusu pun sudah, macam-macam sudah dibuat tapi si manja masih lagi meragam sampai mommy & daddy pun naik stress. 

Nak buka majalah atau cari petua di internet kena buat banyak bacaan pula. Silap-silap tips yang diberi tak selamat atau tak berkesan pun, terbuang masa. 

Nak pergi ke klinik, klinik dah tutup sebab sudah tengah malam. Kan senang kalau ada rangkaian balm Tasneem Naturel di rumah, terus capai saja bila nak guna. Terutama sekali waktu kecemasan. 

Bayi tidur lena, mommy & daddy pun tak tertekan kena bangun tengah-tengah malam. Yang paling best sekali, ‘me-time’ yang dapat dinikmati dengan lebihan masa yang ada untuk mommy & daddy recharge. 


Kenapa Memilih Jenama Tasneem Naturel?


1. Berguna Waktu-Waktu Kecemasan

Terutamanya masa tengah-tengah malam. Klinik mungkin dah tutup. Ada produk Tasneem di rumah senang, terus capai & sapu bila anak meragam.


2. Demi Sebuah 'Peace of Mind'

Kesihatan emosi ibu-bapa sangat penting untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Nikmati me-time & berehatlah.


3. Lebih Murah Berbanding Bil Hospital

Tasneem Naturel bukanlah pengganti kepada rawatan konvensional, tetapi sekadar ikhtiar alternatif dengan kaedah semula jadi yang telah diyakini ratusan ribu pelanggan.


4. Selesa Pada Kulit Bayi

Rangkaian balm Tasneem Naturel ni tak panas dan melekit. Mudah meresap untuk kelegaan pantas. Selesa pada kulit yang menyapu dan disapu.


5. Bersaiz Poket, Mudah Dibawa Ke Mana-Mana

Jika keluar rumah bersama anak, sekiranya perlu, terus saja sapu. Mudah bukan?


6. Diyakini Selamat Tanpa Kesan Sampingan

Rangkaian balm Tasneem Naturel telah mendapat kelulusan NOT KKM. Tanpa paraben, merkuri atau sebarang bahan kimia berbahaya yang dikesan setelah saringan makmal dilakukan.




Apa Kata Mereka?




📞 Hubungi Kami di [SINI] untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Kami sedia membantu ibu ayah memberikan solusi terbaik untuk anak!