Gangguan masalah pencernaan di kalangan bayi seperti muntah, cirit-birit dan sembelit memberi rasa tidak selesa dan membuatkan bayi meragam dan perlu diberi perhatian.
Kebiasaanya berpunca dari makanan, susu dan persekitaran. Ibu bapa perlu menyediakan makanan pejal mengikut usia bayi. Setiap bancuhan susu formula pula mestilah mengikut panduan yang betul.
Masalah Pencernaan Bayi
1. Reflux iaitu bayi memuntahkan kembali susu. Muntah sedikit/jeluak selepas penyusuan adalah perkara biasa. Ibu bapa boleh cuba selalu sendawa bayi dan posisikan bayi dalam keadaan tegak selama 20 minit selepas penyusuan. Jika bayi kerap reflux dan menunjukkan gejala tidak mahu minum susu dan berat badan tidak bertambah, segera dapatkan nasihat doktor.
2. Muntah. Tangisan berpanjangan atau batuk boleh menyebabkan bayi muntah dalam jumlah yang banyak. Muntah boleh menyebabkan penghidratan kerana kehilangan banyak cecair. Muntah berterusan yang teruk dan lebih 24 jam perlu segera dapatkan rawatan doktor.
3. Cirit-birit. Gangguan pencernaan yang menyebabkan pergerakan usus yang kerap disebabkan oleh virus. Ibu bapa perlu memastikan bayi minum banyak cecair untuk mengelakkan daripada mengalami dehidrasi. Segera berjumpa doktor jika gejala berterusan.
0 comments:
Post a Comment