6/02/22

7 Jenis Sayur Enak Dibuat Jus

Edit Posted by with No comments

Sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan serat. Ibu boleh mengalakkan anak minum jus sayur dengan menggunakan kreativiti menyediakan jus dengan mencampurkan sayur dan buah,  menambah madu, menghias dengan krim atau coklat.


1. Lobak merah, si oren yang memikat hati!

Lobak merah kaya dengan vitamin A, vitamin C, fosfur, kalsium dan serat. Lobak merah memiliki warna yang menarik dan rasa yang manis. Jus lobak merah sangat baik untuk kesihatan mata, meredakan sembelit, meningkatkan stamina tubuh dan menurunkan risiko alergi pada anak.


2. Tomato, si merah yang cantik!

Tomato kaya selenium dan vitamin E yang dapat melindungi diri daripada radikal bebas. Tomato dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan nafsu makan anak, mengurangkan gejala selesema dan gusi berdarah.


3. Mentimun, si hijau yang segar!

Jus mentimun dapat meredakan cirit-birit, melancarkan proses pencernaan dan meredakan demam. 


4. Brokoli, pokok hijau yang comel!

Brokoli kaya dengan zat anti oksidan. Boleh dicampur sayur atau buah untuk rasa lebih sedap.


5. Bayam, si hijau yang gagah!

Bayam mengandungi zat besi dan vitamin A yang tinggi. Bayam dapat meningkatkan kekebalan tubuh, mencegah anemia, mengurangkan risiko sembelit dan menjaga kesihatan mata. 


6. Bit, si merah ungu yang manis! 

Bit kaya dengan vitamin A dan rasanya manis. Dapat melancarkan pencernaan, mencegah anemia dan meningkatkan sel darah merah.


7. Jagung, si kuning emas!

Jagung berkesan untuk melancarkan proses pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan nafsu makan, mencegah sembelit dan menjaga kesihatan mata.

6/01/22

Gangguan Pencernaan Bayi

Edit Posted by with No comments

Gangguan masalah pencernaan di kalangan bayi seperti muntah, cirit-birit dan sembelit memberi rasa tidak selesa dan membuatkan bayi meragam dan perlu diberi perhatian. 

Kebiasaanya berpunca dari makanan, susu dan persekitaran. Ibu bapa perlu menyediakan makanan pejal mengikut usia bayi. Setiap bancuhan susu formula pula mestilah mengikut panduan yang betul.


Masalah Pencernaan Bayi



1. Reflux iaitu bayi memuntahkan kembali susu. Muntah sedikit/jeluak selepas penyusuan adalah perkara biasa. Ibu bapa boleh cuba selalu sendawa bayi dan posisikan bayi dalam keadaan tegak selama 20 minit selepas penyusuan. Jika bayi kerap reflux dan menunjukkan gejala tidak mahu minum susu dan berat badan tidak bertambah, segera dapatkan nasihat doktor.


2. Muntah. Tangisan berpanjangan atau batuk boleh menyebabkan bayi muntah dalam jumlah yang banyak. Muntah boleh menyebabkan penghidratan kerana kehilangan banyak cecair. Muntah berterusan yang teruk dan lebih 24 jam perlu segera dapatkan rawatan doktor.


3. Cirit-birit. Gangguan pencernaan yang menyebabkan pergerakan usus yang kerap disebabkan oleh virus. Ibu bapa perlu memastikan bayi minum banyak cecair untuk mengelakkan daripada mengalami dehidrasi. Segera berjumpa doktor jika gejala berterusan.