HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam.
Kanak-kanak di bawah umur bawah 5 tahun paling berisiko dijangkiti HFMD tetapi orang dewasa juga tidak berkecuali. HFMD menyerang semua peringkat umur.
Tanda-tanda:

Demam.

Ruam tangan, kaki, mulut dan kawasan lampin.

Ulser pada tekak, mulut dan lidah.

Sakit tekak.

Sakit kepala.

Hilang selera makan.

Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.

Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

Tidak berkongsi pakaian, tuala, bekas makanan/minuman dan mainan.

Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/sekolah.
Ibu bapa perlu memastikan anak minum air dengan cukup. Jika anak tidak makan atau minum bawa anak berjumpa doktor dengan segera.
0 comments:
Post a Comment