5/31/22

Resipi Puri Bayi

Edit Posted by with No comments

Tekstur makanan pelengkap bayi usia enam bulan dimulakan dengan makanan yang dikisar halus, dilenyek atau dijadikan puri supaya teksturnya lembut dan sesuai dengan keupayaan awal motor bayi.

Apabila bayi mencapai usia tujuh bulan,makanan dilecek dan tekstur yang lebih kasar boleh diberikan untuk merangsang motor dan deria rasanya. 


Resipi 1 : Puri Avokado Pisang

Bahan:

1 biji avokado

1 biji pisang saiz kecil


Cara Penyediaan:

1. Kupas pisang dan keluarkan isi avokado.

2. Masukkan kedua-duanya ke dalam pengisar.

3. Kisar halus untuk bayi yang berumur enam hingga sembilan bulan atau 

lenyekkan mengunakan garfu supaya teksturnya kasar untuk bayi 10 bulan ke atas.


Resipi 2 : Puri Buah Naga

Bahan:

1/2 biji buah naga

1 cawan air


Cara Penyediaan:

1. Masak air dan buah naga sehingga mendidih. 

2. Boleh tambah susu ibu sebelum diberikan kepada bayi.


Resipi 3 : Puri Lobak Merah Epal

Bahan:

1 batang lobak merah

1 biji epal


Cara Penyediaan:

1. Kupas dan potong dadu lobak merah dan epal.

2. Stimkan kira-kira 15 minit sehingga empuk.

3. Kisar sehingga halus. Boleh tambah sedikit air.


Resipi 4 : Puri Kacang Pis

Bahan:

1 cawan kacang pis segar

Air secukupnya untuk mengukus


Cara Penyediaan:

1. Kupas kulit kacang pis dan cuci bersih kacang pis.

2. Kukus kacang pis sehingga empuk.

3. Kisarkan kacang sehingga mendapat tekstur yang diingini.

Boleh tambah air atau susu ibu.


5/30/22

Puri Makanan Pertama Si Kecil

Edit Posted by with No comments


Puri ialah makanan yang dikisar halus apabila bayi mencecah usia enam bulan ke atas diperkenalkan makanan pelengkap.

Puri dikategorikan kepada puri buah, puri sayur, puri buah/sayur yang ditambah dengan bijirin dan puri buah/sayur yang ditambah lauk sebagai sumber protein.

Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut dalam makanan. Serat ini membantu melawaskan pembuangan air besar. Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak dan keperluan badan untuk melakukan aktiviti harian. Protein seperti ayam, ikan, daging dan telur terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.


Tip Kombinasi Puri




Sebelum menyediakan puri yang menggabungkan dua jenis buah dan sayur atau bijirin dan lauk, anda perlu memastikan bayi telah diperkenalkan kepada buah dan sayur tersebut dan tiada masalah terhadap penerimaan kedua-dua jenis makanan tersebut.


5/17/22

10 Cara Pelihara Mata Anak

Edit Posted by with No comments

1. Bawa si manja pemeriksaan mata seawal 6 hingga 12 bulan, 3 tahun, 5-6 tahun dan seterusnya.

2. Penyakit mata yang disaring ialah rabun dekat, rabun jauh, ambliopia (mata malas), strabismus (juling), pergerakan mata, pemberian tumpuan dan koordianasi tangan dan mata.

3. Pencahayaan yang optimum perlu semasa si manja melakukan aktiviti untuk mengelakkan tekanan pada otot mata jika dilakukan dalam keadaan malap.

4. Amalkan konsep 20:20:20 iaitu setiap 20 minit melakukan aktiviti tajam, alihkan pandangan sejauh 20 kaki selama 20 minit untuk merehatkan mata.

5. Postur badan dan jarak yang sesuai dan selamat untuk mata semasa menonton televisyen.

6. Pastikan jarak selamat ketika menggunakan komputer atau tablet iaitu 50cm dari wajah.

7. Pemakaian kanta lekap hanya boleh digunakan untuk anak yang mempunyai masalah penglihatan yang kompleks. (Sebelah mata normal, sebelah mata rabun kronik).

8. Makanan yang kaya dengan vitamin C dan Omega 3 meningkatkan keupayaan penglihatan.
contoh ikan, ubi keledek, bayam.

9. Jika si manja mengalami masalah penglihatan, segera dapatkan pemeriksaan menyeluruh.

10. Banyakkan aktiviti yang melatih koordinasi mata dan tangan si manja seperti membina blok, puzzle, melukis, lukisan menggunakan jari dan bermain tanah liat.

5/13/22

Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD)

Edit Posted by with No comments



HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam.

Kanak-kanak di bawah umur bawah 5 tahun paling berisiko dijangkiti HFMD tetapi orang dewasa juga tidak berkecuali. HFMD menyerang semua peringkat umur.



Tanda-tanda:
◾Demam.
◾Ruam tangan, kaki, mulut dan kawasan lampin.
◾Ulser pada tekak, mulut dan lidah.
◾Sakit tekak.
◾Sakit kepala.
◾Hilang selera makan.

Pencegahan:
◾Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
◾Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
◾Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
◾Tidak berkongsi pakaian, tuala, bekas makanan/minuman dan mainan.
◾Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/sekolah.

Ibu bapa perlu memastikan anak minum air dengan cukup. Jika anak tidak makan atau minum bawa anak berjumpa doktor dengan segera.