3/04/22

Kisah Kelapa Tua

Edit Posted by with No comments



Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbualan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanaslah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab, Gulai ikan bawal. Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, Oh! Sedap gulai ni.Oh! Sedap ikan bawal ni.

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta'abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan Yang Maha ESA.

3/03/22

Anak Kerap Menangis dan Meragam?

Edit Posted by with No comments


#Calm time Balm Tasneem Naturel ada minyak pati geranium.


Diekstrak dari batang dan daun, ianya mampu melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, mengimbangi hormon dan melancarkan peredaran darah.


Minyak pati lavendar juga ada dengan memberikan rasa rileks saraf, menstabilkan mood & daya tumpuan yang lebih baik.


Frankinsense eo pula berperanan melegakan rasa bimbang & tekanan seseorang. Juga membantu merehatkan saraf dan meredakan kemarahan.


Sesuai untuk menenangkan dan merilekskan anak. Juga untuk mendapatkan daya tumpuan dan fokus yang lebih tinggi.


Ada ibu² anak meragam  nak ikhtiar dengan #calmTime 🌹

3/02/22

Anak Susah Tidur dan Kerap Terjaga?

Edit Posted by with No comments


 #Sleep Time Balm dirumus khas bagi membantu masalah yang sering membelenggu ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah anak sukar tidur dan aktif pada waktu malam, 


Tasneem Naturel telah merumus khas balm Sleep Time yang berfungsi untuk membantu anak supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria. 


Pati-pati tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile, dan Ylang-ylang akan membantu anak-anak untuk mendapat tidur yang berkualiti.


Cara guna balm ini juga cukup mudah. Ibu bapa hanya perlu sapu di tapak kaki, tulang belakang, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan. Selain itu, ibu bapa juga boleh suakan balm ini untuk dihidu oleh anak-anak.

 

– Bantu anak tidur lena

– Bantu anak supaya mudah tidur

– Bantu anak bangun dalam mood ceria

– Memberi tidur berkualiti

3/01/22

Anak Alami Ruam Atau Ekzema?

Edit Posted by with No comments


#Skeenz Balm dirumus khas untuk membantu bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensititf, gatal-gatal, ruam dan ekzema Sapu di tempat yang bermasalah.. 


Bahan-bahan seperti Mentega Shea, Lilin Lebah, Minyak Argan, Rosemary, Minyak Biji Bunga Matahari membantu dengan baik untuk ekzema, ruam, kegatalan dan untuk meredakan kerengsaan kulit yang sensitif. 


BAGAIMANA NAK GUNA : Sapu balm pada kawasan kulit yang bermasalah. Sapukan sepanjang hari, pada bila-bila masa apabila perlu.