2/22/22

Bagaimana Kekalkan Momentum Anak Ceria Sepanjang Hari?

Edit Posted by with No comments



Nak tahu macam mana menceriakan mood anak sepanjang hari?? Petua dia adalah bagaimana keadaan sebelum tidur malam tu adakah anak- anak dilayan dengan baik @ tidak.

Ikuti tips dari Dr. Redza Zainol ni 🙂 😊 Nak anak ceria sepanjang hari? 👉🏻 Ia sebenarnya bermula dari suasana sebelum tidur yang tenang dan gembira. 👉🏻 Anak yang sedih atau dimarah sebelum tidur, akan bangun pagi dalam keadaan emosi yang tak stabil. 🍁 Ada 3 waktu yang beri impak besar dalam hidup anak kita: ✔️ Waktu yang pertama ialah 3 minit pertama lepas anak bangun dari tidur. ✔️ Waktu yang kedua ialah 3 minit pertama selepas anak pulang dari rumah pengasuh atau dari sekolah. ✔️ Waktu yang terakhir ialah 3 minit pertama sebelum anak hendak tidur. Pada waktu ni: 🥰 Boleh bacakan buku untuk anak secara santai. 🥰 Usap kepala anak dan bisikkan doa kita pada telinga anak. 🥰 Bisikkan pada anak kita, betapa hebatnya mak atau ayah mereka. Jom kita buat sama-sama supaya anak-anak dapat kekalkan momentum yang ceria sepanjang hari ✌️ Kredit to : Dr. Redza Zainol

0 comments:

Post a Comment