1/16/22

Panduan Mudah Tidurkan Bayi

Edit Posted by with No comments


1. Rutin Waktu Tidur Setkan jadual waktu tidur. Tidurkan bayi pada waktu yang sama setiap hari, lama kelamaan bayi anda sendiri akan tahu bila masuk waktu untuk tidur. 2. Pencahayaan dan Persekitaran Pastikan pencahayaan dalam rumah lebih terang pada waktu siang, dan pastikan suasana malap dan lebih sunyi pada waktu malam untuk membantu bayi membezakan siang dan malam. 3. Urutan Bayi Urut bayi selepas mandi untuk membantu bayi lebih tenang, tidak meragam dan mudah tidur. 4. Bedung Membedung bayi jika kena caranya boleh membuatkan bayi lebih selesa dan rasa seolah dipeluk, sekaligus membantu bayi tidur dengan lebih cepat dan tidak mudah terjaga. 5. Elakkan Bayi Terlalu Aktif Ketika Menjelang Waktu Tidur Energi yang tinggi menjadikan bayi sukar tidur. Sebaiknya lakukan aktiviti yang menenangkan seperti membacakan buku cerita, menyanyikan lagu-lagu kanak-kanak atau pasang bacaan Al-Quran.

0 comments:

Post a Comment