Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun.
Antara faktor penyebab kerana kerap mengambil makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi, kurang atau tidak memberus gigi dan teknik memberus gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak (tahi gigi).
Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko mendapat kerosakan gigi ialah menyusu botol, transmisi bakteria apabila ibu dan anak berkongsi sudu makanan dan pengambilan ubat yang mengandungi gula.
Langkah yang boleh diambil untuk mencegah karies gigi kanak-kanak:
1. Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah.
2. Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
3. Ibu/bapa/penjaga perlu membantu kanak-kanak memberus gigi.
4. Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol.
5. Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan.
6. Minum air masak/berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula.
7. Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.
0 comments:
Post a Comment