9/01/22

4 Cara Elak Bayi Meragam Bila Selesema

Edit Posted by with No comments

Bayi rasa sangat tak selesa bila hidung tersumbat. Ibu ayah boleh cuba cara berikut untuk si comel.


TIP 1 - Titiskan normal saline nasal drop pada setiap lubang hidung 3-6 jam sekali untuk cairkan hingus.


TIP 2 - Semburkan nasal spray.


TIP 3 - Sedut keluar hingus dengan menggunakan baby nasal aspirator.


TIP 4 - Sapukan balm cf-rub pada dada, hidung, tulang belakang dan tapak kaki bayi untuk cairkan kahak, kurangkan selesema dan demam.


Nak anak lega batuk kahak, demam dan selesema ? Dapatkan balm CF-rub di [SINI]


6/02/22

7 Jenis Sayur Enak Dibuat Jus

Edit Posted by with No comments

Sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan serat. Ibu boleh mengalakkan anak minum jus sayur dengan menggunakan kreativiti menyediakan jus dengan mencampurkan sayur dan buah,  menambah madu, menghias dengan krim atau coklat.


1. Lobak merah, si oren yang memikat hati!

Lobak merah kaya dengan vitamin A, vitamin C, fosfur, kalsium dan serat. Lobak merah memiliki warna yang menarik dan rasa yang manis. Jus lobak merah sangat baik untuk kesihatan mata, meredakan sembelit, meningkatkan stamina tubuh dan menurunkan risiko alergi pada anak.


2. Tomato, si merah yang cantik!

Tomato kaya selenium dan vitamin E yang dapat melindungi diri daripada radikal bebas. Tomato dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan nafsu makan anak, mengurangkan gejala selesema dan gusi berdarah.


3. Mentimun, si hijau yang segar!

Jus mentimun dapat meredakan cirit-birit, melancarkan proses pencernaan dan meredakan demam. 


4. Brokoli, pokok hijau yang comel!

Brokoli kaya dengan zat anti oksidan. Boleh dicampur sayur atau buah untuk rasa lebih sedap.


5. Bayam, si hijau yang gagah!

Bayam mengandungi zat besi dan vitamin A yang tinggi. Bayam dapat meningkatkan kekebalan tubuh, mencegah anemia, mengurangkan risiko sembelit dan menjaga kesihatan mata. 


6. Bit, si merah ungu yang manis! 

Bit kaya dengan vitamin A dan rasanya manis. Dapat melancarkan pencernaan, mencegah anemia dan meningkatkan sel darah merah.


7. Jagung, si kuning emas!

Jagung berkesan untuk melancarkan proses pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan nafsu makan, mencegah sembelit dan menjaga kesihatan mata.

6/01/22

Gangguan Pencernaan Bayi

Edit Posted by with No comments

Gangguan masalah pencernaan di kalangan bayi seperti muntah, cirit-birit dan sembelit memberi rasa tidak selesa dan membuatkan bayi meragam dan perlu diberi perhatian. 

Kebiasaanya berpunca dari makanan, susu dan persekitaran. Ibu bapa perlu menyediakan makanan pejal mengikut usia bayi. Setiap bancuhan susu formula pula mestilah mengikut panduan yang betul.


Masalah Pencernaan Bayi



1. Reflux iaitu bayi memuntahkan kembali susu. Muntah sedikit/jeluak selepas penyusuan adalah perkara biasa. Ibu bapa boleh cuba selalu sendawa bayi dan posisikan bayi dalam keadaan tegak selama 20 minit selepas penyusuan. Jika bayi kerap reflux dan menunjukkan gejala tidak mahu minum susu dan berat badan tidak bertambah, segera dapatkan nasihat doktor.


2. Muntah. Tangisan berpanjangan atau batuk boleh menyebabkan bayi muntah dalam jumlah yang banyak. Muntah boleh menyebabkan penghidratan kerana kehilangan banyak cecair. Muntah berterusan yang teruk dan lebih 24 jam perlu segera dapatkan rawatan doktor.


3. Cirit-birit. Gangguan pencernaan yang menyebabkan pergerakan usus yang kerap disebabkan oleh virus. Ibu bapa perlu memastikan bayi minum banyak cecair untuk mengelakkan daripada mengalami dehidrasi. Segera berjumpa doktor jika gejala berterusan.

5/31/22

Resipi Puri Bayi

Edit Posted by with No comments

Tekstur makanan pelengkap bayi usia enam bulan dimulakan dengan makanan yang dikisar halus, dilenyek atau dijadikan puri supaya teksturnya lembut dan sesuai dengan keupayaan awal motor bayi.

Apabila bayi mencapai usia tujuh bulan,makanan dilecek dan tekstur yang lebih kasar boleh diberikan untuk merangsang motor dan deria rasanya. 


Resipi 1 : Puri Avokado Pisang

Bahan:

1 biji avokado

1 biji pisang saiz kecil


Cara Penyediaan:

1. Kupas pisang dan keluarkan isi avokado.

2. Masukkan kedua-duanya ke dalam pengisar.

3. Kisar halus untuk bayi yang berumur enam hingga sembilan bulan atau 

lenyekkan mengunakan garfu supaya teksturnya kasar untuk bayi 10 bulan ke atas.


Resipi 2 : Puri Buah Naga

Bahan:

1/2 biji buah naga

1 cawan air


Cara Penyediaan:

1. Masak air dan buah naga sehingga mendidih. 

2. Boleh tambah susu ibu sebelum diberikan kepada bayi.


Resipi 3 : Puri Lobak Merah Epal

Bahan:

1 batang lobak merah

1 biji epal


Cara Penyediaan:

1. Kupas dan potong dadu lobak merah dan epal.

2. Stimkan kira-kira 15 minit sehingga empuk.

3. Kisar sehingga halus. Boleh tambah sedikit air.


Resipi 4 : Puri Kacang Pis

Bahan:

1 cawan kacang pis segar

Air secukupnya untuk mengukus


Cara Penyediaan:

1. Kupas kulit kacang pis dan cuci bersih kacang pis.

2. Kukus kacang pis sehingga empuk.

3. Kisarkan kacang sehingga mendapat tekstur yang diingini.

Boleh tambah air atau susu ibu.


5/30/22

Puri Makanan Pertama Si Kecil

Edit Posted by with No comments


Puri ialah makanan yang dikisar halus apabila bayi mencecah usia enam bulan ke atas diperkenalkan makanan pelengkap.

Puri dikategorikan kepada puri buah, puri sayur, puri buah/sayur yang ditambah dengan bijirin dan puri buah/sayur yang ditambah lauk sebagai sumber protein.

Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut dalam makanan. Serat ini membantu melawaskan pembuangan air besar. Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak dan keperluan badan untuk melakukan aktiviti harian. Protein seperti ayam, ikan, daging dan telur terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.


Tip Kombinasi Puri




Sebelum menyediakan puri yang menggabungkan dua jenis buah dan sayur atau bijirin dan lauk, anda perlu memastikan bayi telah diperkenalkan kepada buah dan sayur tersebut dan tiada masalah terhadap penerimaan kedua-dua jenis makanan tersebut.


5/17/22

10 Cara Pelihara Mata Anak

Edit Posted by with No comments

1. Bawa si manja pemeriksaan mata seawal 6 hingga 12 bulan, 3 tahun, 5-6 tahun dan seterusnya.

2. Penyakit mata yang disaring ialah rabun dekat, rabun jauh, ambliopia (mata malas), strabismus (juling), pergerakan mata, pemberian tumpuan dan koordianasi tangan dan mata.

3. Pencahayaan yang optimum perlu semasa si manja melakukan aktiviti untuk mengelakkan tekanan pada otot mata jika dilakukan dalam keadaan malap.

4. Amalkan konsep 20:20:20 iaitu setiap 20 minit melakukan aktiviti tajam, alihkan pandangan sejauh 20 kaki selama 20 minit untuk merehatkan mata.

5. Postur badan dan jarak yang sesuai dan selamat untuk mata semasa menonton televisyen.

6. Pastikan jarak selamat ketika menggunakan komputer atau tablet iaitu 50cm dari wajah.

7. Pemakaian kanta lekap hanya boleh digunakan untuk anak yang mempunyai masalah penglihatan yang kompleks. (Sebelah mata normal, sebelah mata rabun kronik).

8. Makanan yang kaya dengan vitamin C dan Omega 3 meningkatkan keupayaan penglihatan.
contoh ikan, ubi keledek, bayam.

9. Jika si manja mengalami masalah penglihatan, segera dapatkan pemeriksaan menyeluruh.

10. Banyakkan aktiviti yang melatih koordinasi mata dan tangan si manja seperti membina blok, puzzle, melukis, lukisan menggunakan jari dan bermain tanah liat.

5/13/22

Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD)

Edit Posted by with No comments



HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam.

Kanak-kanak di bawah umur bawah 5 tahun paling berisiko dijangkiti HFMD tetapi orang dewasa juga tidak berkecuali. HFMD menyerang semua peringkat umur.



Tanda-tanda:
◾Demam.
◾Ruam tangan, kaki, mulut dan kawasan lampin.
◾Ulser pada tekak, mulut dan lidah.
◾Sakit tekak.
◾Sakit kepala.
◾Hilang selera makan.

Pencegahan:
◾Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
◾Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
◾Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
◾Tidak berkongsi pakaian, tuala, bekas makanan/minuman dan mainan.
◾Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/sekolah.

Ibu bapa perlu memastikan anak minum air dengan cukup. Jika anak tidak makan atau minum bawa anak berjumpa doktor dengan segera.



3/04/22

Kisah Kelapa Tua

Edit Posted by with No comments



Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbualan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanaslah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab, Gulai ikan bawal. Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, Oh! Sedap gulai ni.Oh! Sedap ikan bawal ni.

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta'abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan Yang Maha ESA.

3/03/22

Anak Kerap Menangis dan Meragam?

Edit Posted by with No comments


#Calm time Balm Tasneem Naturel ada minyak pati geranium.


Diekstrak dari batang dan daun, ianya mampu melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, mengimbangi hormon dan melancarkan peredaran darah.


Minyak pati lavendar juga ada dengan memberikan rasa rileks saraf, menstabilkan mood & daya tumpuan yang lebih baik.


Frankinsense eo pula berperanan melegakan rasa bimbang & tekanan seseorang. Juga membantu merehatkan saraf dan meredakan kemarahan.


Sesuai untuk menenangkan dan merilekskan anak. Juga untuk mendapatkan daya tumpuan dan fokus yang lebih tinggi.


Ada ibu² anak meragam  nak ikhtiar dengan #calmTime 🌹

3/02/22

Anak Susah Tidur dan Kerap Terjaga?

Edit Posted by with No comments


 #Sleep Time Balm dirumus khas bagi membantu masalah yang sering membelenggu ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah anak sukar tidur dan aktif pada waktu malam, 


Tasneem Naturel telah merumus khas balm Sleep Time yang berfungsi untuk membantu anak supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria. 


Pati-pati tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile, dan Ylang-ylang akan membantu anak-anak untuk mendapat tidur yang berkualiti.


Cara guna balm ini juga cukup mudah. Ibu bapa hanya perlu sapu di tapak kaki, tulang belakang, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan. Selain itu, ibu bapa juga boleh suakan balm ini untuk dihidu oleh anak-anak.

 

– Bantu anak tidur lena

– Bantu anak supaya mudah tidur

– Bantu anak bangun dalam mood ceria

– Memberi tidur berkualiti

3/01/22

Anak Alami Ruam Atau Ekzema?

Edit Posted by with No comments


#Skeenz Balm dirumus khas untuk membantu bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensititf, gatal-gatal, ruam dan ekzema Sapu di tempat yang bermasalah.. 


Bahan-bahan seperti Mentega Shea, Lilin Lebah, Minyak Argan, Rosemary, Minyak Biji Bunga Matahari membantu dengan baik untuk ekzema, ruam, kegatalan dan untuk meredakan kerengsaan kulit yang sensitif. 


BAGAIMANA NAK GUNA : Sapu balm pada kawasan kulit yang bermasalah. Sapukan sepanjang hari, pada bila-bila masa apabila perlu.

2/28/22

Anak Ada Masalah Perut?

Edit Posted by with No comments



Balm T-RUB cukup digemari oleh ibu-ibu kerana balm ini selamat dan boleh menggantikan minyak telon. Ibu-ibu pasti akan teruja setiap kali mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi kerana balm ini boleh melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan. Selain itu... #TRUB turut membantu masalah penghadaman dengan adanya Fennel, Ginger, Lemongrass, dan Anise sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini. Ibu bapa boleh sapukan balm ini di tapak kaki dan perut. Untuk sapuan di bahagian perut, ibu bapa disarankan supaya membuat urutan seperti urutan ‘I Love You’ bagi memastikan si manja anda lebih selesa. – Membuang angin dalam perut – Bantu melegakan perut sebu – Bantu melegakan kembung perut



2/27/22

Anak Selesema, Tersumbat Kahak?

Edit Posted by with No comments

 


CF-RUB dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak demam, batuk dan selesema.

Bahan-bahan seperti eucalyptus oil, cypress, tea tree, dan lemon akan membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu anak-anak. Cara guna yang sangat mudah, ibu bapa hanya perlu sapu balm ini di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang.
#CFRUB BALM
– Bantu kurangkan selesema
– Bantu cairkan kahak
– Bantu kurangkan suhu ketika demam

2/26/22

Kenapa Balm Tasneem Bagus Untuk Bayi?

Edit Posted by with No comments


Sebab dalamnya ada gabungan 7-8 jenis essential oil, khusus untuk menyelesaikan masalah bayi dan kanak-kanak, sesuai juga untuk dewasa. Gabungan essential oil yang digunakan berbeza mengikut jenis balm, khas untuk setiap masalah yang dinyatakan.. Penggunaan EO secara terus dalam bentuk minyak 'pure' adalah bahaya untuk bayi dan kanak-kanak. Balm #TasneemNaturel memudahkan ibu ayah untuk guna essential oil pada bayi dan kanak-kanak kerana sudah siap sedia di dilute dengan carrier oil, beeswax, dan shea butter. Semua bahan adalah 100% semulajadi, tanpa bahan kimia berbahaya.

2/25/22

Simptom-simptom Bayi Kembung Perut

Edit Posted by with No comments


Setiap bayi sememangnya unik dan mempunyai kelakuan tersendiri, namun kembung perut selalunya dipengaruhi dengan beberapa karakter di bawah; ✅Menangis melebihi 3 jam sehari. ✅Tangisan yang sukar ditenangkan dan berpanjangan – tangisannya akan berbunyi keras dan lain berbanding tangisan bayi yang biasa. Tangisan selalunya memuncak pada lewat petang hingga ke malam. ✅Muka bayi anda akan kemerah-merahan semasa menangis. ✅Bayi akan menggenggam tangan mereka dan mengangkat kakinya hingga ke atas perut. Jika ibu risau tangisan anak itu bukan disebabkan oleh kembung perut tetapi sakit yang lain, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya. Bagi keselesaan si manja, mommies boleh standby trub balm dan stommy Dari Tasneem Naturel untuk masalah kembung, sembelit Dan cirit birit.

2/24/22

Bagaimana Untuk Membuatkan Bayi Tidur?

Edit Posted by with No comments

 


Kalau mahu anak tidur malam dengan lena jom cuba petua ini.

✅ Cukup makan - pastikan bayi dah dapat susu secukupnya , makanan secukupnya agar mereka kenyang dan senang nak tidur. ✅ Elakkan lebihan gula pada supper anak yang dah besar. cukup 1 gelas susu suam tanpa gula jika anak lapar. ✅ Bersihkan badan bayi - Lap badan bayi menggunakan tuala yang dah direndam dengan air suam atau mandikan bayi dgn air yang suam. ✅ Urutan - selepas bersihkan badan bayi, urut bayi. Urutan perlu menggunakan minyak seperti minyak tasneem ke, balm tasneem ke, ke seluruh badan bayi agar rasa lebih tenang. jangan urut atau massage anak waktu anak tengah menangis❌ ✅ Pencahayaan - pastikan pencahayaan di dalam bilik suram dan tidak terlalu terang dan tiada bunyi bising supaya bayi lebih senang tidur. ✅ Lullaby - kita boleh pasang lagu-lagu yang menenangkan untuk bayi ataupun zikir-zikir untuk merangsang mood tidur bayi.

2/22/22

Bagaimana Kekalkan Momentum Anak Ceria Sepanjang Hari?

Edit Posted by with No comments



Nak tahu macam mana menceriakan mood anak sepanjang hari?? Petua dia adalah bagaimana keadaan sebelum tidur malam tu adakah anak- anak dilayan dengan baik @ tidak.

Ikuti tips dari Dr. Redza Zainol ni 🙂 😊 Nak anak ceria sepanjang hari? 👉🏻 Ia sebenarnya bermula dari suasana sebelum tidur yang tenang dan gembira. 👉🏻 Anak yang sedih atau dimarah sebelum tidur, akan bangun pagi dalam keadaan emosi yang tak stabil. 🍁 Ada 3 waktu yang beri impak besar dalam hidup anak kita: ✔️ Waktu yang pertama ialah 3 minit pertama lepas anak bangun dari tidur. ✔️ Waktu yang kedua ialah 3 minit pertama selepas anak pulang dari rumah pengasuh atau dari sekolah. ✔️ Waktu yang terakhir ialah 3 minit pertama sebelum anak hendak tidur. Pada waktu ni: 🥰 Boleh bacakan buku untuk anak secara santai. 🥰 Usap kepala anak dan bisikkan doa kita pada telinga anak. 🥰 Bisikkan pada anak kita, betapa hebatnya mak atau ayah mereka. Jom kita buat sama-sama supaya anak-anak dapat kekalkan momentum yang ceria sepanjang hari ✌️ Kredit to : Dr. Redza Zainol