Mungkin ada antaranya yang anda tak tahu!😉
#1 Mula Menangis Sejak dari Dalam Rahim
Terdapat pelbagai kajian menunjukkan bayi mula menangis seawal 20-24 minggu dalam kandungan.
#2 Mempunyai Jumlah Tulang yang Lebih Banyak daripada Orang Dewasa
Bayi baru lahir memiliki sekitar 300 tulang, manakala orang dewasa memiliki 206 tulang. Tulang-tulang ini akan bercantum semasa proses membesar dan akan berakhir dengan jumlah 206 tulang.
#3 Tiada Tempurung Lutut
Bahagian lutut bayi baru lahir hanya mempunyai tulang lembut yang dipanggil tulang rawan. Tulang rawan ini akan berkembang membentuk tempurung lutut apabila bayi mula mencecah usia sekitar 6 bulan hingga 1 tahun.
#4 Menangis Tanpa Air Mata
Bayi baru lahir menangis tanpa air mata sekurang-kurangnya sehingga 3 minggu pertama, atau lebih. Kelenjar air mata hanya mula berkembang pada sekitar usia 12 minggu.
#5 Perut Bayi Sebesar Kacang Walnut
Patutlah setiap bayi perlu disusukan dengan kerap. Perut bayi kecil saja rupanya.
#6 Hampir 25% Berat Badan Bayi Datang daripada Bahagian Kepala
Sebab itulah kita disarankan untuk menampung kepala bayi ketika mendukung atau memegang bayi.
#7 Kelipan Mata
Bayi mengelip mata sekitar 1 hingga 2 kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15 hingga 20 kali seminit.
#8 Boleh Bernafas dan Menelan pada Waktu yang Sama
Dari saat dilahirkan sehingga sekitar usia 6-7 bulan, bayi boleh bernafas dan menelan pada waktu yang sama, sedangkan orang dewasa tidak.
#9 Bernafas Dua Kali Lebih Laju daripada Orang Dewasa
Bayi bernafas sekitar 30 hingga 60 kali seminit berbanding orang dewasa sekitar 12 hingga 18 kali seminit.
#10 Mempunyai Kemampuan Menyelam
'Reflex bradycardia' menyebabkan bayi secara automatik akan menahan nafas apabila terendam di dalam air dan boleh menyelam sepenuhnya dalam air tanpa bantuan sehingga sekitar usia 6 bulan.
0 comments:
Post a Comment