1. SENYUM lah, cuba senyum sekarang selebarnya. Otak ingat kita sedang happy dan bahagia, InsyaAllah.
Setiap senyuman akan merembeskan Endorfin yang bertindak mengurangkan rasa sakit yang ringan (macam sakit kepala atau otot badan letih tu kan). Senyumlah selebarnya dan ucapkan S kedua di bawah ini.
2. SYUKUR
Syukur apa yang ada, apa sedang dihadapi, walaupun ujian yang kita rasa sukar. Syukur membantu meredakan tekanan dalaman diri kita, dan membawa kita beralih ke tindakan seterusnya iaitu tindakan positif yang baik-baik. Anak buat kecah satu rumah? Anak kejap-kejap menangis? Anak buat bising? Tarik nafas, dan syukur.
Syukur, kita ada anak, meriah rumah.
Ada orang sunyi rumah anak tak ada.
Alangkah bertuahnya kita, tapi kita tak sedar
3. SABAR
Sabar datang setelah kita bersyukur tadi. Kita akan tahan rasa marah, rasa nak membebel sebab kita telah letakkan rasa syukur tadi. Niat dan target hari ini tiada bebelan dan marah-marah, keluarkan hanya perkataan yang baik-baik saja.
INGAT, Menahan marah=Sabar.
4. SENAMAN
Check balik, dah bersenam ke belum hari ini? Belum? Sudah? Optimum senaman seminggu 3 kali, 30 min setiap kali. Utamakan senaman sebagai antara aktiviti harian kita. Senaman banyak membantu dalaman kita agar seimbang, sihat, dan positif.
5. SPIRITUAL
Amalan spiritual yang boleh diamalkan adalah solat awal waktu, zikir 33 kali, zikir 100 kali, Quran 1 ayat pun tak apa, tahajud malam. Cari waktu dan ketetapan untuk amalkan. Amalan spiritual membantu keseluruhan keseimbangan dalaman diri dan menjadikan kita lebih tenang.
6. SATU kerja satu masa, FOKUS.
Banyak kerja tertangguh tak siap-siap sebab kita nak buat semua benda dalam satu masa. Memanglah kita orang perempuan hebat multitasking. But please, do one thing at one time. Kenapa? Bila siap satu kerja, badan kita merembeskan hormon dopamine, sebab kita rasa rewarded, puas, siap kerja kita satu part. Walau hanya siap lipat baju satu bakul, atau siap cuci satu dinding bilik air. Fokus satu kerja satu masa. Ok?
7. SENDIRIAN - Me Time
Ini paling penting. Curi masa minum kopi/hot chocolate sambil scroll Tiktok, tapis-tapis shopping cart kita di Shopee ke, atau baca buku kegemaran kita. Take a break and just chill...10 min pun dah kira ok. Badan kita juga perlu dimanjakan dan diberi perhatian.
0 comments:
Post a Comment