10/26/21

Penting! Pelembab Untuk Kulit Si Manja

Edit Posted by with No comments



Kulit bayi sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan teliti berbanding kulit orang dewasa. Gunakan pelembab seperti losen dan minyak bayi sekerap mungkin terutama sekali selepas memandikan bayi.

Selain itu, terdapat beberapa perkara lain yang mommies boleh praktikkan untuk menjaga kulit bayi. 👉 Pastikan suhu persekitaran bayi tidak terlalu sejuk ataupun terlalu panas.
👉 Pastikan bayi sentiasa terhidrasi.
👉 Pilih pakaian bayi yang diperbuat dari kain jenis lembut dan tidak panas.
👉 Guna sabun yang lembut dan bebas pewangi untuk mencuci pakaian bayi.
👉 Lindungi kulit bayi dari sinaran matahari ketika berada di luar rumah.
👉 Jangan mandikan bayi terlalu lama dan elakkan penggunaan sabun yang berlebihan kerana ia akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit bayi.

10/12/21

Penyebab Ruam Pada Kulit Bayi

Edit Posted by with No comments

Ruam? Gatal-gatal? Kulit kering? Keadaan ini memang biasa terjadi pada bayi kan? Kulit bayi lebih sensitif daripada kulit orang dewasa dan memerlukan penjagaan yang lebih teliti.

Antara produk yang mommies boleh cuba:

🌸 Skeenz Balm - membantu masalah ekzema, ruam dan gatal-gatal.

🌸 Kalmy Lotion - melembabkan kulit bayi disamping memberi rasa tenang pada bayi.

🌸 Resty Oil - minyak urut serbaguna, sesuai untuk urutan bayi dan membantu masalah kulit kering.

🌸 Bugs Away - melindungi si kecil dari gigitan serangga.


Nak info? KLIK SINI

10/06/21

Fakta Menarik Tentang Bayi

Edit Posted by with No comments


Mungkin ada antaranya yang anda tak tahu!😉


#1 Mula Menangis Sejak dari Dalam Rahim

Terdapat pelbagai kajian menunjukkan bayi mula menangis seawal 20-24 minggu dalam kandungan. 


#2 Mempunyai Jumlah Tulang yang Lebih Banyak daripada Orang Dewasa

Bayi baru lahir memiliki sekitar 300 tulang, manakala orang dewasa memiliki 206 tulang. Tulang-tulang ini akan bercantum semasa proses membesar dan akan berakhir dengan jumlah 206 tulang.


#3 Tiada Tempurung Lutut

Bahagian lutut bayi baru lahir hanya mempunyai tulang lembut yang dipanggil tulang rawan. Tulang rawan ini akan berkembang membentuk tempurung lutut apabila bayi mula mencecah usia sekitar 6 bulan hingga 1 tahun.


#4 Menangis Tanpa Air Mata

Bayi baru lahir menangis tanpa air mata sekurang-kurangnya sehingga 3 minggu pertama, atau lebih. Kelenjar air mata hanya mula berkembang pada sekitar usia 12 minggu.


#5 Perut Bayi Sebesar Kacang Walnut

Patutlah setiap bayi perlu disusukan dengan kerap. Perut bayi kecil saja rupanya.


#6 Hampir 25% Berat Badan Bayi Datang daripada Bahagian Kepala

Sebab itulah kita disarankan untuk menampung kepala bayi ketika mendukung atau memegang bayi.


#7 Kelipan Mata

Bayi mengelip mata sekitar 1 hingga 2 kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15 hingga 20 kali seminit.


#8 Boleh Bernafas dan Menelan pada Waktu yang Sama

Dari saat dilahirkan sehingga sekitar usia 6-7 bulan, bayi boleh bernafas dan menelan pada waktu yang sama, sedangkan orang dewasa tidak. 


#9 Bernafas Dua Kali Lebih Laju daripada Orang Dewasa

Bayi bernafas sekitar 30 hingga 60 kali seminit berbanding orang dewasa sekitar 12 hingga 18 kali seminit.


#10 Mempunyai Kemampuan Menyelam

'Reflex bradycardia' menyebabkan bayi secara automatik akan menahan nafas apabila terendam di dalam air dan boleh menyelam sepenuhnya dalam air tanpa bantuan sehingga sekitar usia 6 bulan.

10/05/21

Simptom Jaundis Pada Bayi

Edit Posted by with No comments



 Antara simptom jaundis pada bayi:

1. Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki. 2. Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari). 3. Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring. 4. Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning). PENTING! Bayi yang mengalami jaundis berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.

10/02/21

7 S Vitamin Emosi Ibu

Edit Posted by with No comments


1. SENYUM lah, cuba senyum sekarang selebarnya. Otak ingat kita sedang happy dan bahagia, InsyaAllah. Setiap senyuman akan merembeskan Endorfin yang bertindak mengurangkan rasa sakit yang ringan (macam sakit kepala atau otot badan letih tu kan). Senyumlah selebarnya dan ucapkan S kedua di bawah ini. 2. SYUKUR Syukur apa yang ada, apa sedang dihadapi, walaupun ujian yang kita rasa sukar. Syukur membantu meredakan tekanan dalaman diri kita, dan membawa kita beralih ke tindakan seterusnya iaitu tindakan positif yang baik-baik. Anak buat kecah satu rumah? Anak kejap-kejap menangis? Anak buat bising? Tarik nafas, dan syukur. Syukur, kita ada anak, meriah rumah. Ada orang sunyi rumah anak tak ada. Alangkah bertuahnya kita, tapi kita tak sedar 😌 3. SABAR Sabar datang setelah kita bersyukur tadi. Kita akan tahan rasa marah, rasa nak membebel sebab kita telah letakkan rasa syukur tadi. Niat dan target hari ini tiada bebelan dan marah-marah, keluarkan hanya perkataan yang baik-baik saja. INGAT, Menahan marah=Sabar. 4. SENAMAN Check balik, dah bersenam ke belum hari ini? Belum? Sudah? Optimum senaman seminggu 3 kali, 30 min setiap kali. Utamakan senaman sebagai antara aktiviti harian kita. Senaman banyak membantu dalaman kita agar seimbang, sihat, dan positif. 5. SPIRITUAL Amalan spiritual yang boleh diamalkan adalah solat awal waktu, zikir 33 kali, zikir 100 kali, Quran 1 ayat pun tak apa, tahajud malam. Cari waktu dan ketetapan untuk amalkan. Amalan spiritual membantu keseluruhan keseimbangan dalaman diri dan menjadikan kita lebih tenang. 6. SATU kerja satu masa, FOKUS. Banyak kerja tertangguh tak siap-siap sebab kita nak buat semua benda dalam satu masa. Memanglah kita orang perempuan hebat multitasking. But please, do one thing at one time. Kenapa? Bila siap satu kerja, badan kita merembeskan hormon dopamine, sebab kita rasa rewarded, puas, siap kerja kita satu part. Walau hanya siap lipat baju satu bakul, atau siap cuci satu dinding bilik air. Fokus satu kerja satu masa. Ok? 7. SENDIRIAN - Me Time Ini paling penting. Curi masa minum kopi/hot chocolate sambil scroll Tiktok, tapis-tapis shopping cart kita di Shopee ke, atau baca buku kegemaran kita. Take a break and just chill...10 min pun dah kira ok. Badan kita juga perlu dimanjakan dan diberi perhatian.