7/26/21

Tips Nak Jadikan Anak Dengar Kata

Edit Posted by with No comments

 'Struggle' Kita, Kita Saja Yang Tahu..


Penjumpaan kepada solusi kadangkala berlaku tanpa kita sedari. Buka hati dan minda untuk mencari solusi. Jawapan juga ada dalam diri. Tanya hati dan rasakan ia. Ada lah ia. . Dikongsikan satu dari tips untuk keibubapaan kita hari ini. Tips Nak Jadikan Anak Dengar Kata. Ramai 'struggle' bab ini. Saya boleh katakan, lakukanlah 'Special Time In'. Bukan 'Time Out' ya.
😉 Biasanya saya katakan, berikan 10-20 mins untuk setiap anak, dengan tanpa gangguan dari adik-beradik lain. Kita pilih masanya (yang kita dah renung: bila kita mampu beri fokus masa kepada si anak, dan anak juga mungkin sesuai), dan anak pilihkan aktivitinya apa. Walau sekadar mewarna bersama-sama, atau menyorok kira 1-20 bersama-sama, ia pasti mem'boost'kan emosi positif dan sekaligus buatkan hubungan (bonding) dengan anak meningkat. Anak yang dengar kata, juga adalah dari hubungan dan ikatan yang kuat, dan percaya yang tinggi dari anak kepada ibu bapa dan vice versa. Lakukanlah mungkin beberapa hari sekali. Setiap anak berbeza aktiviti digemari, anak yang usia 5,6 ke atas mungkin sudah boleh beritahu aktiviti apa mereka sukai, manakala anak kecil lagi 3-4 ke bawah kita boleh tentukan dari apa kita kenal kesukaan si anak. Aktiviti paling mudah, tapi paling disukai anak, cuba tanyakan mereka. Pasti mereka sukai. Lakukan secara konsisten/rutin, insyaAllah anak akan sangat-sangat gembira dan 'mood' mereka akan berubah 'super' baik, maka dengar lah dia kepada apa kita katakan... Anak remaja? Tanyakan, mereka lagi ada preference mereka, mungkin rasa macam 'jauh' dengan dunia mereka, kita boleh 'initiate' kan, cadangkan sekiranya dia tak beritahu. Just 15 mins aja Kakak/Abang, boleh? Bila seronok, boleh 'up' kan sehingga 1-2 jam mungkin, hanya sekali seminggu. Cubalah. => anak kecil, kita tak cari dia, dia cari kita, dia tarik kita nak beraktiviti, hunger sangat for special time => anak besar, kita lah yang cari dia dan ajak untuk special time ini. => mudahan ini mungkin antara usaha kita yang menjadi solusi atau pembuka (fattah) kepada permasalahan kita yang lain yang kita rasa buntu, kita rasa buat special time in ni macam tak ada kena mengena, tapi secara tidak langsung mungkin inilah 'pembuka lorong yang hampir gelap' kita...... ada cahaya. Maznah Ibrahim

0 comments:

Post a Comment