7/23/21

Cara Untuk Atasi Masalah Kulit

Edit Posted by with No comments

Kulit merupakan aset penting buat semua orang. Masalah kulit sensitif dan kering boleh menyebabkan kurang keyakinan diri. Di sini,dikongsikan beberapa cara untuk atasi masalah kulit tersebut:

1. Elakkan mandi terlalu lama dengan air panas Mandi terlalu lama dengan air panas akan mengakibatkan kulit menjadi kering dan bersisik. Waktu Mandi yg ideal adalah sekitar 5-10 minit sahaja bergantung pada suhu air. Disarankan menggunakan air suam-suam kuku ketika mandi. 2. Bersihkan kulit dengan lembut. Ketika membersihkan diri, elakkan menggunakan sabun yg mengandungi alkohol, pewangi Dan sodium lauryl sulfate kerana ia mengikis kelembapan kulit. 3. Gunakan pelembap sebagai rutin Amat penting gunakan pelembap untuk mengelakkan kulit menjadi lebih teruk. Sebaiknya gunakan pelembap yang mengandungi Shea butter, ceramide, asam stearat atau gliserin. Waktu terbaik gunakan pelembap adalah selepas mandi. 4. Amalkan minum air mineral Kekurangan air dalam badan juga boleh mempengaruhi masalah kulit. Apabila kulit tidak mendapat air yang cukup,kesannya kulit jadi kering, bersisik atau menunjukkan garis-garis dan kedutan. 5. Amalkan makan makanan yang sihat. Amalan pemakanan yang sihat akan menyumbang kulit yang sihat. Vitamin untuk kulit adalah vitamin A, C, E dan K yg diperoleh dari buah, sayuran dan biji-bijian. Itulah sebahagian cara yang boleh diamalkan dalam rutin harian. Moga bermanfaat buat semua ☺️

0 comments:

Post a Comment