6 PETUA HILANGKAN KEMBUNG PERUT BAYI SECARA SEMULAJADI
1. URUTAN Bayi suka pada sentuhan ibu. Urutan pada perut bayi, bersama balm atau minyak telon akan memberikan keselesaan pada bayi. Banyak cara yang kita boleh belajar dari teknik-teknik urutan seperti melalui Youtube. Antaranya adalah teknik urutan ‘I LOVE U’. InsyaAllah akan berhasil. Cubalah..2. SIREH
Petua ni dah lama nenek moyang kita amalkan untuk bayi. Mudah je caranya. Jika ada yang menanam pokok sireh ni, atau beli di kedai2 runcit, ambil 2-3 helai daun sireh, layarkan atas api (untuk kecutkan daun sedikit), kemudian pastikan daun tersebut suam-suam, dan lekapkan pada perut bayi. Mudahkan..
3. CARA MENYUSUKAN BAYI Sama ada menyusu secara langsung ke dada, atau menggunakan botol, pastikan anda meletakkan ke dalam mulut bayi sepenuhnya. Pastikan tidak mempunyai ruang udara. Jika kedudukan mulut bayi hanya sedikit pada bahagian putting, akan menyebabkan ruang-ruang udara memasuki perut bayi. 4. SENDAWAKAN BAYI Selepas menyusu, pastikan anda sendawakan bayi sebelum terus baringkannya. Bagaimana caranya? Ada tiga cara iaitu Posisi duduk, Posisi bahu, dan Posisi pusingan. 5. TUAM
Ingat lagi tak, masa dalam berpantang..ibu2 amalkan tuam ni pada bayi kan? Tetapi, tak ramai ibu2 yang masih mengekalkan petua nenek moyang ini selepas berpantang. Tuam boleh menyebabkan bayi selesa dan memudahkan angin keluar dari perut. Kerana sebelum ini bayi selesa di dalam Rahim ibu yang bersifat suam-suam panas. Dengan teknik tuam, memberikan keselesaan pada bayi.
6. SAPU AJE BALM TRUB TASNEEM.
0 comments:
Post a Comment