7/31/21

Boleh Bagi Jus Buah Pada Bayi Saya?

Edit Posted by with No comments

 Boleh bagi jus buah pada bayi saya?


πŸ‘‰πŸ» Selain dari susu, minuman lain yang boleh diberi pada bayi berusia lebih 6 bulan ialah: πŸ“ Air Kosong πŸ“ Sup sayur πŸ₯ American Academy of Pediatrics mencadangkan jus buah (fruit juice) diberi hanya pada anak berusia lebih dari 1 tahun. Kesan lain jus buah pada bayi: 🐹 Boleh menyebabkan kerosakan gigi. 🐹 Bayi suka minum air manis berbanding susu. #notaredzazainol

Apa contoh Toxic Positivity dalam mendidik anak?

Edit Posted by with No comments
Apa contoh Toxic Positivity dalam mendidik anak?

Banyak! Antaranya :
⚠️ Merendahkan anak di depan orang lain sebab nak tunjuk diri kita humble " Anak aku ni memang pemalas Tipah sebab aku bukan hebat didik anak macam kau Tipah " ⚠️ Tak terima emosi anak " Jangan sedih sangat. Tak guna pun sedih. Cuba happy macam Mama ni " ⚠️ Tak peduli langsung bila anak tengah sedih "Budak-budak ni kita kena ajar mereka kuat dan positif selalu. Tak payah nak layan perangai negatif mereka" Jadi ianya okay untuk jadi mak ayah yang positif tetapi bersederhanalah. Itu yang terbaik πŸ˜‰ #notaparentingTaufiqRazif

7/27/21

Doakan Anak Jadi Lebih Baik

Edit Posted by with No comments

Doakan anak jadi lebih baik.


Tak perlu pun nak tunggu lepas solat sebenarnya untuk doakan anak. Selalunya masa duduk duduk dengan anak anak, saya akan
usap ubun ubun mereka. Tak pun saya peluk cium pipi budak berdua tu, senyum, lalu kemudian ucapkan: "Kakak ni anak yang rajin kan. Suka sangat tolong ummi dan daddy buat kerja rumah." "Maryam ni anak solehah. Sayang sangat kat kakak dia. Selalu kongsi mainan dengan kakak." Ringkas je tapi sebenarnya itulah juga yang akan jadi πŸ‘‰ Doa untuk anak kita πŸ‘‰ Dalam masa sama, dapat bantu baiki & ubah belief system anak anak kita jadi lebih baik macam yang kita nak. πŸ₯° Cubalah amalkan ye. Dr ALB

7/26/21

Tips Nak Jadikan Anak Dengar Kata

Edit Posted by with No comments

 'Struggle' Kita, Kita Saja Yang Tahu..


Penjumpaan kepada solusi kadangkala berlaku tanpa kita sedari. Buka hati dan minda untuk mencari solusi. Jawapan juga ada dalam diri. Tanya hati dan rasakan ia. Ada lah ia. . Dikongsikan satu dari tips untuk keibubapaan kita hari ini. Tips Nak Jadikan Anak Dengar Kata. Ramai 'struggle' bab ini. Saya boleh katakan, lakukanlah 'Special Time In'. Bukan 'Time Out' ya.
πŸ˜‰ Biasanya saya katakan, berikan 10-20 mins untuk setiap anak, dengan tanpa gangguan dari adik-beradik lain. Kita pilih masanya (yang kita dah renung: bila kita mampu beri fokus masa kepada si anak, dan anak juga mungkin sesuai), dan anak pilihkan aktivitinya apa. Walau sekadar mewarna bersama-sama, atau menyorok kira 1-20 bersama-sama, ia pasti mem'boost'kan emosi positif dan sekaligus buatkan hubungan (bonding) dengan anak meningkat. Anak yang dengar kata, juga adalah dari hubungan dan ikatan yang kuat, dan percaya yang tinggi dari anak kepada ibu bapa dan vice versa. Lakukanlah mungkin beberapa hari sekali. Setiap anak berbeza aktiviti digemari, anak yang usia 5,6 ke atas mungkin sudah boleh beritahu aktiviti apa mereka sukai, manakala anak kecil lagi 3-4 ke bawah kita boleh tentukan dari apa kita kenal kesukaan si anak. Aktiviti paling mudah, tapi paling disukai anak, cuba tanyakan mereka. Pasti mereka sukai. Lakukan secara konsisten/rutin, insyaAllah anak akan sangat-sangat gembira dan 'mood' mereka akan berubah 'super' baik, maka dengar lah dia kepada apa kita katakan... Anak remaja? Tanyakan, mereka lagi ada preference mereka, mungkin rasa macam 'jauh' dengan dunia mereka, kita boleh 'initiate' kan, cadangkan sekiranya dia tak beritahu. Just 15 mins aja Kakak/Abang, boleh? Bila seronok, boleh 'up' kan sehingga 1-2 jam mungkin, hanya sekali seminggu. Cubalah. => anak kecil, kita tak cari dia, dia cari kita, dia tarik kita nak beraktiviti, hunger sangat for special time => anak besar, kita lah yang cari dia dan ajak untuk special time ini. => mudahan ini mungkin antara usaha kita yang menjadi solusi atau pembuka (fattah) kepada permasalahan kita yang lain yang kita rasa buntu, kita rasa buat special time in ni macam tak ada kena mengena, tapi secara tidak langsung mungkin inilah 'pembuka lorong yang hampir gelap' kita...... ada cahaya. Maznah Ibrahim

7/24/21

Kaedah Turunkan Kuning Bayi Yang Baru Lahir

Edit Posted by with No comments

Jaundice atau biasa disebut ‘baby kuning’ adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.


Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.
Kaedah turunkan kuning bayi yang baru lahir:

1. Jika ditanya ahli perubatan, kaedah terbaik untuk hilangkan kuning bayi adalah dengan kaedah fototerapi.

Bayi diletakkan di bawah lampu biru yang mempunyai bacaan 450 nano water. Kita tak sanggup melihat anak mereka tidak berbaju dijemur di bawah lampu biru ini. Lampu biru ini akan menukarkan bilirubin kepada biliverdin sebelum dikeluarkan melalui proses perkumuhan.

2. Berikan susu ibu sekerap mungkin. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk bayi. Paling baik bagi bayi menyusu sebanyak 2-3 jam sekali atau 8-12 kali sehari untuk menggalakkan pergerakan usus. Bayi kuning biasanya akan tidur banyak, ibu kena bangunkan juga dan susukan setiap 2 jam.
3. Sapukan Trub balm pada perut bayi & tapak kaki.

Ia untuk lancarkan sistem penghadaman. Bayi menyusu banyak, dan pembuangan lancar bayi akan kerap membuang air kecil dan besar. Kuning akan cepat turun.

7/23/21

Cara Untuk Atasi Masalah Kulit

Edit Posted by with No comments

Kulit merupakan aset penting buat semua orang. Masalah kulit sensitif dan kering boleh menyebabkan kurang keyakinan diri. Di sini,dikongsikan beberapa cara untuk atasi masalah kulit tersebut:

1. Elakkan mandi terlalu lama dengan air panas Mandi terlalu lama dengan air panas akan mengakibatkan kulit menjadi kering dan bersisik. Waktu Mandi yg ideal adalah sekitar 5-10 minit sahaja bergantung pada suhu air. Disarankan menggunakan air suam-suam kuku ketika mandi. 2. Bersihkan kulit dengan lembut. Ketika membersihkan diri, elakkan menggunakan sabun yg mengandungi alkohol, pewangi Dan sodium lauryl sulfate kerana ia mengikis kelembapan kulit. 3. Gunakan pelembap sebagai rutin Amat penting gunakan pelembap untuk mengelakkan kulit menjadi lebih teruk. Sebaiknya gunakan pelembap yang mengandungi Shea butter, ceramide, asam stearat atau gliserin. Waktu terbaik gunakan pelembap adalah selepas mandi. 4. Amalkan minum air mineral Kekurangan air dalam badan juga boleh mempengaruhi masalah kulit. Apabila kulit tidak mendapat air yang cukup,kesannya kulit jadi kering, bersisik atau menunjukkan garis-garis dan kedutan. 5. Amalkan makan makanan yang sihat. Amalan pemakanan yang sihat akan menyumbang kulit yang sihat. Vitamin untuk kulit adalah vitamin A, C, E dan K yg diperoleh dari buah, sayuran dan biji-bijian. Itulah sebahagian cara yang boleh diamalkan dalam rutin harian. Moga bermanfaat buat semua ☺️

7/21/21

Anak Tak Kemas Lepas Sepahkan Permainan?

Edit Posted by with No comments

 Anak tak kemas lepas sepahkan permainan?


πŸ‘‰πŸ» Anak sebenarnya dah boleh masukkan barang dalam bekas dengan cekap seawal usia 18 bulan. 🦁 Pastikan setiap mainan ada tempatnya sendiri. 🦁 Gunakan ziplock bag atau bekas lutsinar untuk mudahkan anak simpan. 🦁 Anak rasa selesa bila dia masih boleh nampak mainannya dalam bekas lutsinar walaupun dah disimpan. 🦁 Keluarkan hanya 2 bekas mainan dulu. Latih anak yang dia boleh ambil mainan lain selepas 2 bekas mainan tu dikemas dulu. Tak berjaya? Terus latih dan latih anak, lama lama mesti jadi pandai ❤️ Kredit to : NotaRedzaZainol

7/20/21

Bahaya Anak Tak Cukup Tidur

Edit Posted by with No comments


Lebih 52% kanak-kanak tak dapat tidur yang cukup akibat :

😣 Ketagihan gajet. 😣 Rumah tak ada peraturan. 😣 Waktu tidur kacau bilau. Kesan tak cukup tidur pada anak : ✔️ Anak susah fokus. ✔️ Anak selalu lesu. ✔️ Selalu gelisah. ✔️ Memori terganggu. ✔️ Terjejas pelajaran. ✔️ Mood terganggu. Guna bantuan set Sweet dream Tasneem Naturel. Semoga kita dapat jaga kualiti & kuantiti tidur anak kita dengan lebih baik selepas ini ya πŸ˜‰

7/16/21

Urutan Untuk Mengatasi Masalah Perut Kembung Bayi

Edit Posted by with No comments

Bayi mudah kembung perut sebab perut bayi sangat kecil.Oleh itu , ibu kena sentiasa mengurut perut bayi supaya angin dapat dikeluarkan dengan mudah.

Jom kenali tanda tanda bayi sedang kembung perut πŸ‘ΆπŸ»menggenggam tangan yang kuat πŸ‘ΆπŸ»menangis teruk sehingga sukar ditenangkan πŸ‘ΆπŸ»lutut terangkat sehingga ke dada πŸ‘ΆπŸ»muka berkerut seperti menahan sakit πŸ‘ΆπŸ»muka bertukar merah Urutan Untuk Mengatasi Masalah Perut Kembung Bayi
Masalah yang selalu jadi kat baby adalah perut kembung kerana susah untuk kentut dan berak. Mungkin pada permulaan berada di luar perut ibu, bayi belum biasa dengan susu dan sistem penghadaman pun masih baru. jom belajar cara urutan untuk bagi perut bayi kita selesa dan boleh kentut dan membuang puas-puas. 1. Urutan 'I LOVE YOU' Cara pertama, sapukan minyak telon atau balm bayi, pada perut baby sambil membuat urutan 'I Love You'. Langkah pertama, buat gerakan seperti huruf 'I' dari atas ke bawah di sebelah kiri perut bayi. Langkah kedua, buat gerakan huruf 'L' terbalik, Langkah terakhir, buat gerakan huruf 'U' terbalik. Ulang setiap gerakan urutan I Love You ini beberapa kali sehingga puas hati. Dingatkan, urut secara perlahan-lahan tanpa menekan perut bayi yang masih lembut dan sensitif. Antara minyak telon atau balm bayi yang sesuai adalah Balm Trub Tasneem Naturel. Selain itu, balm kuning ni juga elok untuk buat bayi kentut dan berak. 2. Urutan Tapak Kaki Cara kedua untuk membuat bayi kentut dan berat adalah 'Urutan Tapak Kaki'. Urutan tapak kaki boleh dilakukan selepas membuat urutan I Love You. Tapak kaki bayi yang normal mempunyai lekuk di bahagian tengah. Di tengah tapak kaki itu terdapat sistem percernaan bayi. Kalau pada tapak kaki tiada lekuk, itu tandanya bayi sedang mengalami kembung perut walaupun bayi tidak menangis. Urut tapak kaki dengan lembut dapat melancarkan pengaliran darah serta mengeluarkan angin dalam perut.Apabila sudah selesai melakukan urutan ini, InshaaAllah bayi akan kentut dan berak lebih senang.

Semoga bermanfaat
❤️

7/13/21

Sebab-sebab Anak Susah Tidur

Edit Posted by with No comments


✅TAKUT TIDUR ASING DENGAN IBU BAPA

Seringkali, anak-anak kecil merasa takut dan cemas ketika tidur bersendirian di biliknya. Waktu tidur dianggap satu detik ‘menakutkan’ buat dirinya. Mungkin takut gelap dan suasana sunyi ketika berseorangan.

✅MIMPI BURUK

Tabiat suka menonton TV atau membaca buku cerita yang menakutkan sebelum tidur boleh mengundang mimpi buruk semasa tidur. Sebaiknya, berikanlah anak bahan-bahan bacaan yang menenangkan.

✅WAKTU TIDUR YANG SALAH

Elakkan menyuruh anak-anak tidur terlalu awal sebelum badan mereka benar-benar bersedia untuk tidur.

✅TELEVISYEN & ALAT ELEKTRONIK

Kajian menunjukkan terlalu kerap menonton TV pada waktu siang atau malam boleh menjejaskan waktu tidur anak-anak.

✅SALAH WAKTU TIDUR SIANG

Tidur siang sememangnya bagus untuk anak tetapi jika ia terlalu lama boleh mengganggu waktu tidur malam anak.

Semoga bermanfaat 😊