7/13/21

Sebab-sebab Anak Susah Tidur

Edit Posted by with No comments


✅TAKUT TIDUR ASING DENGAN IBU BAPA

Seringkali, anak-anak kecil merasa takut dan cemas ketika tidur bersendirian di biliknya. Waktu tidur dianggap satu detik ‘menakutkan’ buat dirinya. Mungkin takut gelap dan suasana sunyi ketika berseorangan.

✅MIMPI BURUK

Tabiat suka menonton TV atau membaca buku cerita yang menakutkan sebelum tidur boleh mengundang mimpi buruk semasa tidur. Sebaiknya, berikanlah anak bahan-bahan bacaan yang menenangkan.

✅WAKTU TIDUR YANG SALAH

Elakkan menyuruh anak-anak tidur terlalu awal sebelum badan mereka benar-benar bersedia untuk tidur.

✅TELEVISYEN & ALAT ELEKTRONIK

Kajian menunjukkan terlalu kerap menonton TV pada waktu siang atau malam boleh menjejaskan waktu tidur anak-anak.

✅SALAH WAKTU TIDUR SIANG

Tidur siang sememangnya bagus untuk anak tetapi jika ia terlalu lama boleh mengganggu waktu tidur malam anak.

Semoga bermanfaat 😊

0 comments:

Post a Comment