6/01/21

Sebab-sebab Anak Susah Tidur

Edit Posted by with No comments

 SEBAB - SEBAB ANAK SUSAH TIDUR


1.TAKUT TIDUR ASING DENGAN IBU BAPA
Seringkali, anak-anak kecil merasa takut dan cemas ketika tidur bersendirian di biliknya. Waktu tidur dianggap satu detik ‘menakutkan’ buat dirinya. Mungkin takut gelap dan suasana sunyi ketika berseorangan.

2. MIMPI BURUK
Tabiat suka menonton TV atau membaca buku cerita yang menakutkan sebelum tidur boleh mengundang mimpi buruk semasa tidur. Sebaiknya, berikanlah anak bahan-bahan bacaan yang menenangkan.

3. WAKTU TIDUR YANG SALAH
Elakkan menyuruh anak-anak tidur terlalu awal sebelum badan mereka benar-benar bersedia untuk tidur

4. TELEVISYEN & ALAT ELEKTRONIK
Kajian menunjukkan terlalu kerap menonton TV pada waktu siang atau malam boleh menjejaskan waktu tidur anak-anak.

5. SALAH WAKTU TIDUR SIANG
Tidur siang sememangnya bagus untuk anak tetapi jika ia terlalu lama boleh mengganggu waktu tidur malam anak.

Semoga bermanfaat.😊

0 comments:

Post a Comment