Bayi boleh alami sembelit apabila mula makan makanan pejal. Pasti trauma buat bayi dan ibu bila berhadapan dengan situasi ni.
Kebiasaannya bayi 6 bulan ke bawah jarang sembelit jika sepenuhnya diberi susu badan. Susu badan tidak dikira sebagai "hampas" yang boleh menyebabkan sembelit kerana nutrien diserap sepenuhnya oleh bayi.
Jika bayi mula diberi makanan pejal, kemungkinan besar bayi boleh mengalami masalah sembelit ini. Disini saya kongsikan 8 cara atasi masalah sembelit bayi.
1. Membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh.
2. Banyakkan melakukan aktiviti fizikal seperti merangkak.
3. Urut perut bayi dengan pergerakan bulatan mengikut pusingan jam 30 kali dalam beberapa minit.
4. Tambah serat dalam makanan bayi.
5. Berikan bayi jus buahan tetapi tidak digalakkan diberikan selalu kerana dikhuatiri menjejaskan pengambilan susu.
6. Meningkatkan pengambilan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Berikan bayi air masak yang lebih ketika cuaca panas.
8. Sapukan Stommy Oil di tapak kaki dan perut bayi.
InsyaAllah berkesan.
Semoga bermanfaat💖 :heart:
0 comments:
Post a Comment