‘kembung perut’ menjadi kerisauan ibu-ibu bila ianya berlaku pada anak-anak, terutamanya bayi.
Apabila bayi anda menderita disebabkannya, ibu-ibu boleh jadi tak keruan. Bayi meragam, tak boleh tidur, ibu pun tak cukup rehat.
Hampir kebanyakan bayi akan mengalami masalah kembung perut. Ia adalah perkara biasa bagi bayi. Biasanya kembung perut akan di alami oleh bayi berumur antara 1 hingga 4 bulan.
Sistem pencernaan mereka masih belum matang menyebabkan ia mudah terjadi tidak kira sama ada bayi anda menyusu secara ‘breastfeeding’ atau melalui botol.
Memang satu penyeksaan apabila menghadapi bayi kembung perut. Disini cikniz kongsikan 6 cara atasi masalah bayi kembung perut secara semulajadi.
1. URUTAN
Bayi suka pada sentuhan ibu. Urutan pada perut bayi, bersama balm atau minyak telon akan memberikan keselesaan pada bayi. Banyak cara yang kita boleh belajar dari teknik-teknik urutan seperti melalui Youtube. Antaranya adalah teknik urutan ‘I LOVE U’. InsyaAllah akan berhasil. Cubalah.
2. SIREH
Petua ni dah lama nenek moyang kita amalkan untuk bayi. Mudah je caranya. Jika ada yang menanam pokok sireh ni, atau beli di kedai2 runcit, ambil 2-3 helai daun sireh, layarkan atas api (untuk kecutkan daun sedikit), kemudian pastikan daun tersebut suam-suam, dan lekapkan pada perut bayi. Mudahkan..
3. CARA MENYUSUKAN BAYI
Sama ada menyusu secara langsung ke dada, atau menggunakan botol, pastikan anda meletakkan ke dalam mulut bayi sepenuhnya.
Pastikan tidak mempunyai ruang udara. Jika kedudukan mulut bayi hanya sedikit pada bahagian putting, akan menyebabkan ruang-ruang udara memasuki perut bayi.
4. SENDAWAKAN BAYI
Selepas menyusu, pastikan anda sendawakan bayi sebelum terus baringkannya. Bagaimana caranya? Ada tiga cara iaitu Posisi duduk, Posisi bahu, dan Posisi pusingan.
5. TUAM
Ingat lagi tak, masa dalam berpantang..ibu2 amalkan tuam ni pada bayi kan? Tetapi, tak ramai ibu2 yang masih mengekalkan petua nenek moyang ini selepas berpantang. Tuam boleh menyebabkan bayi selesa dan memudahkan angin keluar dari perut. Kerana sebelum ini bayi selesa di dalam Rahim ibu yang bersifat suam-suam panas. Dengan teknik tuam, memberikan keselesaan pada bayi.
6. SAPU BALM TRUB TASNEEM.
Insyaallah bayi tak kembung lagi. 



0 comments:
Post a Comment