Teknik Urutan Bayi Baru Lahir
Sentuhan ialah cara yang menakjubkan untuk menyampaikan kasih sayang anda kepada si manja. Dalam beberapa minggu yang pertama, gunakan gerakan yang perlahan serta positif dan jangan urut satu-satu kawasan itu terlalu lama. Untuk beberapa minggu yang pertama, bayi yang baru lahir mungkin mendapati deria mereka menerima rangsangan yang berlebihan. Kebanyakan bayi akan berasa tenang semasa dalam dakapan ibu bapa mereka, manakala bayi yang lain mungkin hanya mahu dibelai di belakang badan, berlapikkan pakaian mereka.

1. Tangan yang Direhatkan
Jika bayi anda ""bersetuju"" untuk diurut, mulakan dengan tangan yang direhatkan di atas badan bayi. Teknik tangan direhatkan ini digunakan sebelum mengurut mana-mana bahagian badan. Ia juga boleh digunakan apabila bayi anda memerlukan rehat semasa sesi urutan. Ini ialah cara yang baik untuk membuatkan bayi anda berasa selamat dan seronok disentuh.
2. Kaki

Kaki – Gaya Perah Susu
Sebelum bermula, pastikan minyak di tangan anda cukup. Jika bayi anda baru lahir, sila bermula dari kaki kerana ia merupakan bahagian badan yang biasanya diterima oleh bayi. Gerakan ke arah bawah lebih menenangkan.
Dengan sebelah tangan, pegang pergelangan kaki bayi anda dengan lembut. Letakkan tangan yang satu lagi di bahagian atas paha si manja, pegang kakinya sepertimana anda memerah susu lembu dan lurut ke arah bawah di sepanjang kaki hingga ke pergelangan kaki. Ulang langkah yang sama dengan genggaman yang erat tetapi lembut dan berentak, satu tangan demi satu tangan.

3. Tapak Kaki

Bayi biasanya suka jika anda mengurut tapak kaki mereka. Perhatikan reaksi bayi anda, kalau-kalau dia berasa sensitif di tapak kakinya. Urutan kaki yang lembut boleh memberikan kesan yang positif kepada seluruh badan.
Picit dan lurut setiap jari kaki si manja dengan mengepitnya di antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Dengan ibu jari kiri dan kanan berganti-ganti, urut bahagian atas tapak kaki dari jari kaki ke pergelangan kaki. Ulang beberapa kali.
4. Perut

Apabila tali pusat bayi sudah tertanggal dan pusatnya kering, urutan lembut pada perut boleh membantu proses penghadaman dan melegakan masalah perut.
Mulakan dengan merehatkan tangan anda di atas perut bayi anda. Sentuhan ini sangat mententeramkan. Jika bayi anda berasa gembira, buat gerakan mendayung yang lembut, selang-selikan antara tangan kiri dan kanan.
5. Belakang

Sentuhan kulit ke kulit boleh meningkatkan pengalaman mengeratkan ikatan antara bayi, ibu dan ayah.
Dukung bayi anda dan rapatkannya ke dada, urut belakang badan si manja bermula dari leher dan turun ke bawah hingga ke punggungnya.
Gerakan urutan ini adalah berdasarkan INFANT MASSAGE: A Handbook for Loving Parents oleh Vimala McClure, pengasas IAIM.
0 comments:
Post a Comment