2/27/21

Penting! Kawalan Paras Kolestol Selepas Bersalin

Edit Posted by with No comments

Tabiat sihat, seperti makan diet sihat, bersenam dan mengekalkan berat badan sihat boleh merendahkan paras kolesterol.

3 Kaedah Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol.
  • Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2 biji sahaja.
  • Organ dalaman seperti hati, limpa, jantung TIDAK DIGALAKKAN.
  • Udang, sotong, ketam dan juga kerang-kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara TIDAK BERLEBIHAN bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil.
2. Kurangkan pengambilan lemak.
  • Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
  • Bagi setiap masakan di rumah, pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja, sebanyak dua kali seminggu.
  • Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai, pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.
3. Tingkatkan pengambilan serat.
  • Sumber serat yang baik adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

0 comments:

Post a Comment