Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis dan mengurangkan tekanan darah (blood pressure).
Khasiat bawang merah:
1. Mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory.
2. Efektif terhadap sel kanser hati kerana mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar), membuang toksin dari badan dan mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.
3. Menghindarkan kanser perut dan membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's.
4. Mengurangkan tahap gula bagi mereka yang mempunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.
#notasyurgasicilik
0 comments:
Post a Comment