1/29/21

Sajian Paling Mudah Dan Berkhasiat Untuk Anak

Edit Posted by with No comments







Sajian paling mudah dan berkhasiat diberikan kepada anak adalah telur. 

Telur mempunyai kandungan protien dan vitamin yang tinggi dan merupakan salah satu makanan sumber Kolin yang tinggi.

Kolin membantu dalam perkembangan otak. Jadi, berikan anak-anak telur untuk perkembangan minda yang baik.

Telur biasanya disajikan dengan pelbagai cara seperti rebus, goreng, omelet atau dimasak di dalam sup dan gulai. Pastikan telur menjadi pilihan anak-anak anda. 

#notasyurgasicilik

1/23/21

Khasiat Bawang Merah

Edit Posted by with No comments


Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis dan mengurangkan tekanan darah (blood pressure). 

Khasiat bawang merah:

1. Mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. 

2. Efektif terhadap sel kanser hati kerana mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar), membuang toksin dari badan dan mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

3. Menghindarkan kanser perut dan membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. 

4. Mengurangkan tahap gula bagi mereka yang mempunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

#notasyurgasicilik


1/22/21

Buah Yang Bagus Untuk Bayi

Edit Posted by with No comments








1. Pisang mempunyai tekstur yang lembut untuk bayi. Boleh dibuat puree atau jus. Pisang mengandungi vitamin A, asam folat, kalium, magnesium, potassium, posfor dan zat besi.


2. Buah naga meningkatkan ketahanan tubuh dan kaya serat. Buah naga mengandungi vitamin C, B1,B3,B12 dan membantu pertumnuhan gigi bayi.

3. Betik kaya dengan vitamin C dan tinggi kandungan serat. Betik boleh dijadikan puree untuk bayi dan mencegah sembelit.


4. Epal boleh disajikan dalam bentuk puree atau jus. Epal mengadungi vitamin A, C, magnesium, kalium, kalsium dan posfor.

5. Mangga memiliki rasa manis dan lembut. boleh disajikan dalam bentuk puree atau jus. Mangga mengandungi vitamin A, C, K, magnesium dan zat besi.


#notasyurgasicilik





1/18/21

Teknik Urutan 'I Love You' Bantu Kurangkan Ketidakselesaan Perut Baby

Edit Posted by with No comments

 


Elak Kembung Perut Dan Masalah Perut Anak

Edit Posted by with No comments

T-Rub bertindak seperti minyak perut bayi, membuang angin dalam perut, bantu melegakan perut sebu, kembung perut dan sembelit/cirit-birit.

Bahan dalam T-Rub.


Cara guna balm T-Rub.

Harga : RM49

 



1/17/21

Mengurangkan Selsema, Demam dan Batuk Berkahak.

Edit Posted by with No comments

 


CF-Rub Balm membantu mengurangkan selsema, cairkan kahak, melegakan asma dan kurangkan suhu ketika demam ringan.


Bahan dalam CF-Rub.

Cara guna CF-Rub:

Sapu di hidung, tulang belakang, tapak kaki dan dada.

Harga CF-Rub: RM49

1/16/21

6 Tips Dapatkan Tidur Berkualiti Untuk Anak

Edit Posted by with No comments
  6 Tips Dapatkan Tidur Berkualiti Untuk Anak.

1. Tidur pada waktu yang tetap.

2. Buat sesuatu yang menenangkan.

3. Jaga pemakanan atau ambil makanan berkhasiat.

4. Selesakan diri dengan keadaan bilik tidur.

5. Limitkan waktu tidur di siang hari.

6. Elak menonton televisyen sebelum tidur.


#notasyurgasicilik

1/15/21

6 Penyebab Anak Susah Tidur

Edit Posted by with No comments



1.  Anak takut tidur terpisah dari ibubapa.  Anak kecil biasanya takut tidur dalam gelap dan tidur sendirian.

2. Mimpi buruk disebabkan menonton filem seram atau membaca buku cerita yang menakutkan.

3. Waktu tidur yang salah atau dipaksa tidur kerana tubuh belum memproduksi hormon melatonin dalam jumlah cukup untuk membuatnya tertidur.

4. Masalah pada pola waktu tidur. Anak tidur berlebihan pada siang hari akan mengganggu waktu tidur malam.


5. Televisyen dan alat elektronik lain. Kajian menunjukkan bahawa waktu menonton TV yang terlalu banyak lebih tingginya masalah pada waktu tidur.

6. Tekanan dapat meningkatkan hormon stress dalam tubuh sehingga anak merasa tidak ingin tidur. 

 #notasyurgasicilik

1/12/21

Kisah Pengajaran dari Pisang

Edit Posted by with No comments

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.


“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.


Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.


Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.


“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.


“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.


Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga hati.


“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

1/11/21

7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak

Edit Posted by with No comments
 7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak.




1. Seimbangkan makanan bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,protein dan lemak.

2. Hindarkan makanan ringan kerana boleh menjejaskan kesihatan dan pertumbuhan anak-anak.

3. Banyakkan minum air masak kerana penting untuk fungsi fisiologi tubuh serta dapat mengawal suhu badan dan dapat mengeluarkan toksik yang berlebihan dalam badan.

4. Wajibkan sarapan pagi kerana ia merupakan sumber bekalan tenagaagar tumpuan anak-anak  terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.

5. Sekat minuman berkarbonat kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi yang boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan.

6. Tingkatkan aktiviti fizikal dengan menggalakkan anak-anak bermain di luar rumah seperti bermain di taman permainan.

7. Bijak dalam membeli makanan dengan membaca label makanan yang dibeli. Pastikan ia rendah kalori, kurang gula dan lemak.

#notasyurgasicilik

1/10/21

Teknik Urutan Bayi Baru Lahir

Edit Posted by with No comments
Teknik Urutan Bayi Baru Lahir



Sentuhan ialah cara yang menakjubkan untuk menyampaikan kasih sayang anda kepada si manja. Dalam beberapa minggu yang pertama, gunakan gerakan yang perlahan serta positif dan jangan urut satu-satu kawasan itu terlalu lama. Untuk beberapa minggu yang pertama, bayi yang baru lahir mungkin mendapati deria mereka menerima rangsangan yang berlebihan. Kebanyakan bayi akan berasa tenang semasa dalam dakapan ibu bapa mereka, manakala bayi yang lain mungkin hanya mahu dibelai di belakang badan, berlapikkan pakaian mereka.
Massage Resting Hands
1. Tangan yang Direhatkan
Jika bayi anda ""bersetuju"" untuk diurut, mulakan dengan tangan yang direhatkan di atas badan bayi. Teknik tangan direhatkan ini digunakan sebelum mengurut mana-mana bahagian badan. Ia juga boleh digunakan apabila bayi anda memerlukan rehat semasa sesi urutan. Ini ialah cara yang baik untuk membuatkan bayi anda berasa selamat dan seronok disentuh.
2. Kaki
Massage Legs
Kaki – Gaya Perah Susu
Sebelum bermula, pastikan minyak di tangan anda cukup. Jika bayi anda baru lahir, sila bermula dari kaki kerana ia merupakan bahagian badan yang biasanya diterima oleh bayi. Gerakan ke arah bawah lebih menenangkan.
Dengan sebelah tangan, pegang pergelangan kaki bayi anda dengan lembut. Letakkan tangan yang satu lagi di bahagian atas paha si manja, pegang kakinya sepertimana anda memerah susu lembu dan lurut ke arah bawah di sepanjang kaki hingga ke pergelangan kaki. Ulang langkah yang sama dengan genggaman yang erat tetapi lembut dan berentak, satu tangan demi satu tangan.
 3. Tapak Kaki
Massage Feet
Bayi biasanya suka jika anda mengurut tapak kaki mereka. Perhatikan reaksi bayi anda, kalau-kalau dia berasa sensitif di tapak kakinya. Urutan kaki yang lembut boleh memberikan kesan yang positif kepada seluruh badan.
Picit dan lurut setiap jari kaki si manja dengan mengepitnya di antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Dengan ibu jari kiri dan kanan berganti-ganti, urut bahagian atas tapak kaki dari jari kaki ke pergelangan kaki. Ulang beberapa kali.
4. Perut
Massage Tummy
Apabila tali pusat bayi sudah tertanggal dan pusatnya kering, urutan lembut pada perut boleh membantu proses penghadaman dan melegakan masalah perut.
Mulakan dengan merehatkan tangan anda di atas perut bayi anda. Sentuhan ini sangat mententeramkan. Jika bayi anda berasa gembira, buat gerakan mendayung yang lembut, selang-selikan antara tangan kiri dan kanan.
5. Belakang
Massage Back
Sentuhan kulit ke kulit boleh meningkatkan pengalaman mengeratkan ikatan antara bayi, ibu dan ayah.
Dukung bayi anda dan rapatkannya ke dada, urut belakang badan si manja bermula dari leher dan turun ke bawah hingga ke punggungnya.

Gerakan urutan ini adalah berdasarkan INFANT MASSAGE: A Handbook for Loving Parents oleh Vimala McClure, pengasas IAIM.








1/09/21

Sup Tulang Ayam

Edit Posted by with No comments

Sup Tulang Ayam (Chicken Broth Soup) sangat sesuai diberikan kepada anak ketika tidak sihat kerana boleh menguatkan sistem imun anak.

#notasyurgasicilik

1/08/21

5 Formula Kuatkan Pertahanan Tubuh Si Kecil

Edit Posted by with No comments




1. Jaga kualiti tidur anak setiap hari.


2. Galakkan minum air putih.


3. Elakkan fast food & jajan.


4. Pastikan real food jadi diet di rumah.


5. Banyakkan stok buah-buahan yang tinggi Vitamin C seperti jambu batu, betik, kiwi dan lemon.



#notasyurgasicilik


1/07/21

8 Tips Untuk Kawal Penggunaan Gajet Pada Anak-anak

Edit Posted by with No comments
8 Tips Untuk Kawal Penggunaan Gajet Pada Anak-anak.





















1. Elakkan gajet pada bayi dan anak-anak kecil bawah 2 tahun.
2. Banyakkan aktiviti bersama anak-anak.
3. Jangan biarkan TV terpasang sepanjang masa. Hadkan masa menonton TV.
4. Luangkan masa menonton movie bersama anak-anak.
5. Beri perhatian sepenuhnya ketika bersama anak.
6. Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak untuk kemahiran berfikir.
7. Fokus tentang masalah anak dan jangan ambil mudah.
8. Tetapkan masa tidur anak.

#notasyurgasicilik

1/06/21

8 Kesan Buruk Penggunaan Gajet Yang Tak Dikawal Di Kalangan Anak-anak

Edit Posted by with No comments
 8 Kesan Buruk Penggunaan Gajet Yang Tak Dikawal Di Kalangan Anak-anak.






















1. Susah untuk fokus dan cepat hilang fokus.

2. Susah untuk mengingat, bermasalah dalam membuat keputusan.

3. Sakit kepala, sakit mata/masalah penglihatan dan sakit belakang serta leher.

4. Tekanan seperti cepat mengamuk, pemarah, agresif.

5. Masalah berkomunikasi seperti kurang komunikasi dengan ibubapa, lambat bercakap, tidak pandai bergaul.

6. Fungsi badan tak bergerak aktif, fungsi otak juga merosot kerana kurang berfikir.

7. Pembelajaran terganggu.

8. Anak susah tidur awal menyebabkan gangguan waktu tidur/ tak cukup tidur. 

#notasyurgasicilik

1/05/21

Berapa Cepatkah Essential Oil Berfungsi?

Edit Posted by with No comments

Berapa cepatkah Essential Oil berfungsi?

Apabila anda menghidu minyak pati, molekul minyak pati akan sampai ke otak dalam masa 22 saat.

Apabila anda sapu ke atas kulit, ia akan meresap dalam aliran darah dalam masa 2 minit.

Setelah hampir 20 minit, setiap sel di seluruh badan akan mendapat manfaat daripada minyak pati tersebut.


#notasyurgasicilik


1/04/21

Apakah itu Essential Oil?

Edit Posted by with No comments


Apakah itu Essential Oil?

Essential Oil adalah minyak pati pekat tumbuhan yang mana sumbernya diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan, daun, bunga, batang, akar, kulit buah dan bahagian lain tumbuhan semulajadi.

Essential Oil diekstrak melalui proses penyulingan (Distillation) atau proses tekanan sejuk (Cold Press).

#notasyurgasicilik

1/03/21

Fakta Tentang Bayi Baru Lahir

Edit Posted by with No comments
Fakta Tentang Bayi Baru Lahir