12/04/21

Tanda-tanda Bayi Kembung Perut

Edit Posted by with No comments



Tanda-tanda Bayi Kembung Perut

1. Menangis teruk hingga sukar ditenangkan.

2. Angin yang berlebihan.

3. Gengam tangan dengan kuat.

4. Lutut terangkat hingga ke dada.

5. Muka berkerut menahan sakit.

6. Muka bertukar merah.

7. Tangisan yang nyaring dan lantang.

12/03/21

Kisah Pengajaran

Edit Posted by with No comments



Pada suatu hari, seorang hamba Allah pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi...Aauuummmmm!!!!!Bunyi harimau yang kelaparan mencari mangsanya.

Si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau itu mengejar hamba Allah ni...kejar, kejar, kejar dan terus kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan dari dibaham harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.

Tanpa membuang masa, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi untuk menyelamatkan diri. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek saje. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah bagaimana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Sedang ia berfikir cara nak selamatkan dirinya, tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Rupa-rupanya ada 2 ekor buaya yang kelaparan di dalam perigi itu.

Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Bertambah takutlah si hamba Allah ni. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Sedang ia berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas tali tadi dan tikus tu gigit tali tersebut. Selepas itu, keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi sampai ke atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Berfikir lagi. Kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Sedang hamba Allah tu berfikir cara nak selamatkan dirinya, tiba-tiba....datang seekor lebah membawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit melihat lebah itu. Setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni. Hamba Allah tu berkata, "Nikmatnya madu ni, tak pernah kurasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap madu ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Kesimpulan:

* Si Hamba Allah itu adalah kita semua.
* Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita. Beringat-ingatlah.
* 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.
* Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
* Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.
* Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Manusia (kita) bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 MINIT untuk mengingati Allah...Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

*SUBHANALLAH
*ALHAMDULILLAH
*LA I LAHA ILLALLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
*WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN

Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan. Sebarkan kepada sahabat anda dan anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam masa yang sama sahabat2 sekalian juga akan mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di AMIN oleh para Malaikat, INSYAALLAH. Oleh itu, duduklah sambil merenungi betapa hebat kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan.

11/30/21

Jangan Marah Kalau Anak Buat Hal Ini

Edit Posted by with No comments


1. Jangan marah jika anak banyak bertanya.


2. Jangan marah jika anak bermain dengan makanan.


3. Jangan marah jika anak membaling objek.


4. Jangan marah jika anak menunjukkan kreativiti.


5. Jangan marah jika anak ajak bermain bersamanya.


6. Jangan marah jika anak meragam.



11/29/21

Tips Penjagaan Kulit Bayi

Edit Posted by with No comments

 

Tips Penjagaan Kulit Bayi

1. Basuh pakaian bayi dengan pencuci yang sesuai. 

2. Pilih produk yang lembut.

3. Pastikan kawasan pelipat badan bayi dilap dengan bersih dan kering.

4. Pelembap/ losyen adalah pilihan terbaik untuk bayi.

5. Tukar lampin dengan kerap.


11/20/21

Doa Merawat Batuk Dan Selesema

Edit Posted by with No comments


Sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya. Amalkan doa ini jika anak selsema atau batuk. Tiupkan ke ubun-ubun anak setelah doa ini dibaca.

Kepada Allah jua lah kita berharap dan memohon kesembuhan dari segala penyakit.

10/26/21

Penting! Pelembab Untuk Kulit Si Manja

Edit Posted by with No comments



Kulit bayi sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan teliti berbanding kulit orang dewasa. Gunakan pelembab seperti losen dan minyak bayi sekerap mungkin terutama sekali selepas memandikan bayi.

Selain itu, terdapat beberapa perkara lain yang mommies boleh praktikkan untuk menjaga kulit bayi. 👉 Pastikan suhu persekitaran bayi tidak terlalu sejuk ataupun terlalu panas.
👉 Pastikan bayi sentiasa terhidrasi.
👉 Pilih pakaian bayi yang diperbuat dari kain jenis lembut dan tidak panas.
👉 Guna sabun yang lembut dan bebas pewangi untuk mencuci pakaian bayi.
👉 Lindungi kulit bayi dari sinaran matahari ketika berada di luar rumah.
👉 Jangan mandikan bayi terlalu lama dan elakkan penggunaan sabun yang berlebihan kerana ia akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit bayi.

10/12/21

Penyebab Ruam Pada Kulit Bayi

Edit Posted by with No comments

Ruam? Gatal-gatal? Kulit kering? Keadaan ini memang biasa terjadi pada bayi kan? Kulit bayi lebih sensitif daripada kulit orang dewasa dan memerlukan penjagaan yang lebih teliti.

Antara produk yang mommies boleh cuba:

🌸 Skeenz Balm - membantu masalah ekzema, ruam dan gatal-gatal.

🌸 Kalmy Lotion - melembabkan kulit bayi disamping memberi rasa tenang pada bayi.

🌸 Resty Oil - minyak urut serbaguna, sesuai untuk urutan bayi dan membantu masalah kulit kering.

🌸 Bugs Away - melindungi si kecil dari gigitan serangga.


Nak info? KLIK SINI

10/06/21

Fakta Menarik Tentang Bayi

Edit Posted by with No comments


Mungkin ada antaranya yang anda tak tahu!😉


#1 Mula Menangis Sejak dari Dalam Rahim

Terdapat pelbagai kajian menunjukkan bayi mula menangis seawal 20-24 minggu dalam kandungan. 


#2 Mempunyai Jumlah Tulang yang Lebih Banyak daripada Orang Dewasa

Bayi baru lahir memiliki sekitar 300 tulang, manakala orang dewasa memiliki 206 tulang. Tulang-tulang ini akan bercantum semasa proses membesar dan akan berakhir dengan jumlah 206 tulang.


#3 Tiada Tempurung Lutut

Bahagian lutut bayi baru lahir hanya mempunyai tulang lembut yang dipanggil tulang rawan. Tulang rawan ini akan berkembang membentuk tempurung lutut apabila bayi mula mencecah usia sekitar 6 bulan hingga 1 tahun.


#4 Menangis Tanpa Air Mata

Bayi baru lahir menangis tanpa air mata sekurang-kurangnya sehingga 3 minggu pertama, atau lebih. Kelenjar air mata hanya mula berkembang pada sekitar usia 12 minggu.


#5 Perut Bayi Sebesar Kacang Walnut

Patutlah setiap bayi perlu disusukan dengan kerap. Perut bayi kecil saja rupanya.


#6 Hampir 25% Berat Badan Bayi Datang daripada Bahagian Kepala

Sebab itulah kita disarankan untuk menampung kepala bayi ketika mendukung atau memegang bayi.


#7 Kelipan Mata

Bayi mengelip mata sekitar 1 hingga 2 kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15 hingga 20 kali seminit.


#8 Boleh Bernafas dan Menelan pada Waktu yang Sama

Dari saat dilahirkan sehingga sekitar usia 6-7 bulan, bayi boleh bernafas dan menelan pada waktu yang sama, sedangkan orang dewasa tidak. 


#9 Bernafas Dua Kali Lebih Laju daripada Orang Dewasa

Bayi bernafas sekitar 30 hingga 60 kali seminit berbanding orang dewasa sekitar 12 hingga 18 kali seminit.


#10 Mempunyai Kemampuan Menyelam

'Reflex bradycardia' menyebabkan bayi secara automatik akan menahan nafas apabila terendam di dalam air dan boleh menyelam sepenuhnya dalam air tanpa bantuan sehingga sekitar usia 6 bulan.

10/05/21

Simptom Jaundis Pada Bayi

Edit Posted by with No comments



 Antara simptom jaundis pada bayi:

1. Kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki. 2. Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari). 3. Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring. 4. Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning). PENTING! Bayi yang mengalami jaundis berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid (boleh menyebabkan kecacatan otak jika lewat dirawat) atau jangkitan kuman.

10/02/21

7 S Vitamin Emosi Ibu

Edit Posted by with No comments


1. SENYUM lah, cuba senyum sekarang selebarnya. Otak ingat kita sedang happy dan bahagia, InsyaAllah. Setiap senyuman akan merembeskan Endorfin yang bertindak mengurangkan rasa sakit yang ringan (macam sakit kepala atau otot badan letih tu kan). Senyumlah selebarnya dan ucapkan S kedua di bawah ini. 2. SYUKUR Syukur apa yang ada, apa sedang dihadapi, walaupun ujian yang kita rasa sukar. Syukur membantu meredakan tekanan dalaman diri kita, dan membawa kita beralih ke tindakan seterusnya iaitu tindakan positif yang baik-baik. Anak buat kecah satu rumah? Anak kejap-kejap menangis? Anak buat bising? Tarik nafas, dan syukur. Syukur, kita ada anak, meriah rumah. Ada orang sunyi rumah anak tak ada. Alangkah bertuahnya kita, tapi kita tak sedar 😌 3. SABAR Sabar datang setelah kita bersyukur tadi. Kita akan tahan rasa marah, rasa nak membebel sebab kita telah letakkan rasa syukur tadi. Niat dan target hari ini tiada bebelan dan marah-marah, keluarkan hanya perkataan yang baik-baik saja. INGAT, Menahan marah=Sabar. 4. SENAMAN Check balik, dah bersenam ke belum hari ini? Belum? Sudah? Optimum senaman seminggu 3 kali, 30 min setiap kali. Utamakan senaman sebagai antara aktiviti harian kita. Senaman banyak membantu dalaman kita agar seimbang, sihat, dan positif. 5. SPIRITUAL Amalan spiritual yang boleh diamalkan adalah solat awal waktu, zikir 33 kali, zikir 100 kali, Quran 1 ayat pun tak apa, tahajud malam. Cari waktu dan ketetapan untuk amalkan. Amalan spiritual membantu keseluruhan keseimbangan dalaman diri dan menjadikan kita lebih tenang. 6. SATU kerja satu masa, FOKUS. Banyak kerja tertangguh tak siap-siap sebab kita nak buat semua benda dalam satu masa. Memanglah kita orang perempuan hebat multitasking. But please, do one thing at one time. Kenapa? Bila siap satu kerja, badan kita merembeskan hormon dopamine, sebab kita rasa rewarded, puas, siap kerja kita satu part. Walau hanya siap lipat baju satu bakul, atau siap cuci satu dinding bilik air. Fokus satu kerja satu masa. Ok? 7. SENDIRIAN - Me Time Ini paling penting. Curi masa minum kopi/hot chocolate sambil scroll Tiktok, tapis-tapis shopping cart kita di Shopee ke, atau baca buku kegemaran kita. Take a break and just chill...10 min pun dah kira ok. Badan kita juga perlu dimanjakan dan diberi perhatian.

9/20/21

Petua Sembuhkan Selesema Anak Dengan Cepat

Edit Posted by with No comments



Ibu bapa perlu sediakan lima makanan ini:

1 – MADU Antibiotik yang kuat dan ia lebih baik daripada ubat batuk yang dibeli di farmasi. berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. *madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.
2 – SUP AYAM / SUP SAYUR / SUP IKAN MERAH Sediakan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut. Sup apa pun boleh, asalkan anak suka dan seleranya bertambah.
3 - VITAMIN C
Vitamin C ni bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Contoh Vitamin C semulajadi : Strawberi, brokoli, Oren, tomato, kiwi, betik, labu.
4 – BAWANG PUTIH Bawang putih mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus - mencegah selsema dan sembuh dengan lebih cepat. Contoh : Sup dengan hirisan bawang putih. *Tetap beri susu ibu atau susu formula untuk bayi bawah 6 bulan. *Ibu yang menyusu badan, anda disarankan amalkan pemakanan di atas supaya khasiatnya dapat kepada anak melalui susu badan.
Petua hilangkan selesema dengan cara lain: 1. Banyakkan bagi anak minum air. 2. Tinggikan kepala bayi ketika tidur. Kerapkan check suhu anak. 3. Ikhtiar gunakan Baby Bath 𝗱𝗮𝗻 𝗖𝗙-𝗥𝘂𝗯 𝗯𝗮𝗹𝗺 𝗧𝗮𝘀𝗻𝗲𝗲𝗺. 4. Bawa anak berjumpa doktor bagi merawat demamnya jika suhu semakin membimbangkan.

9/19/21

Tips Supaya Anak Mendengar Kata Dan Ikut Arahan

Edit Posted by with No comments

Setiap ibubapa mengimpikan anak-anak yang mendengar kata dan mudah ikut arahan. Tips ini dapat membantu anda mencapai matlamat menjadi ibubapa yang terbaik.


1. Gunakan bahasa yang baik dan lembut.


2. Renung mata mereka sebelum memberi arahan.


3. Sebut nama anak sebelum memberi arahan.


4. Pastikan pesanan ringkas dan jelas. 


5. Berikan mereka pilihan dan alternatif.


6. Elakkan dari berleter.



9/16/21

Kenapa Perlu Memilih Susu Kambing?

Edit Posted by with No comments

Susu kambing menjadi alternatif kepada susu ibu dan dengan adanya susu kambing yang telah dicampur dengan multivitamin, komponen DHA dan nutrisi lain, ia menjadi sangat penting untuk si manja!


Manfaat Susu Kambing:

1. Menguatkan tulang.
2. Mempunyai sifat anti-keradangan.
3. Pertumbuhan dan perkembangan.
4. Kecekapan pengambilan nutrien.
5. Meningkatkan metabolism badan.
6. Melindungi hati.
7. Penawar kulit.

Kebaikan susu kambing berbanding susu lembu:

1. Tidak memberi alahan.
2. Tinggi protein dan zat besi.
3. Kaya asid lemak anti mikroba.
4. Lebih mudah dihadam.
5. Komponen stabil.


Kenapa pilih Susu Kambing Aufa MAMA?

Susu Kambing Aufa MAMA boleh membantu para ibu dalam penghasilan susu badan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan dengan khasiat daripada ekstrak sarang burung, kurma, habbatus sauda dan delima. Penting bagi ibu untuk mendapatkan produk yang berkhasiat supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Terbaik untuk ibu mengandung!


Kenapa pilih Susu Kambing Aufa GOLD?

Susu Kambing Aufa Gold diperkaya dengan pelbagai bahan premium seperti ekstrak delima, kismis, madu dan kurma. Susu kambing ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, serat dan mineral semula jadi yang diperlukan oleh tubuh kanak-kanak dan dewasa. Susu ini boleh dinikmati oleh seisi keluarga.


Kenapa pilih Susu Kambing Aufa:

- Tidak berasid.
- Dua kali ganda zat besi dan garam galian.
- Tinggi Vitamin A, protein, kalsium dan kalium.
- Tiada bau hamis.
- Rasa yang lazat.
- Khasiat semula jadi.


Susu Kambing Aufa MAMA 
20sachet x 25gram RM69
Nak Susu Aufa MAMA


Susu Kambing Aufa GOLD 
500gram RM49
Nak Susu Aufa GOLD


9/01/21

Anak Suka Berjaga Tengah Malam?

Edit Posted by with No comments


Jom baca tips bayi mudah tidur. 🌜

1. Cukup makan. - Pastikan bayi dah dapat susu secukupnya , makanan secukupnya agar mereka kenyang dan senang nak tidur.
2. Elakkan lebihan gula pada supper anak yang dah besar. - Cukup 1 gelas susu suam (tanpa gula) jika anak lapar.
3. Bersihkan badan bayi. - Lap badan bayi menggunakan tuala yg dah direndam dengan air suam atau mandikan dengan air yang suam.
4. Urutan + masa bonding dengan bayi. - selepas bersihkan badan bayi, urut bayi mengunakan Resty Oil Tasneem. Boleh juga sapu Sleeptime balm di tapak kaki, nadi dan belakang telinga agar rasa lebih tenang. ❌ Jangan urut atau massage anak waktu anak tengah menangis. Tenangkan dia dengan Calmtime balm. Bila dah bertenang, baru buat step di atas.
5. Pencahayaan. - pastikan pencahayaan di dalam bilik, suram, tidak terlalu terang dan tiada bunyi bising.
6. Lullaby. - boleh pasang lagu-lagu yang soothing ataupun zikir bagi merangsang mood tidur bayi.

8/13/21

Petua Ketika Anak Selesema dan Batuk

Edit Posted by with No comments

1. MADU Madu adalah antibiotik yang kuat. Ia dapat mengurangkan batuk, selesema dan sakit tekak. Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Hanya boleh diberi kepada anak berumur 1 tahun ke atas. 2. SUP AYAM Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut antaranya halia dan bawang putih. Bawang putih mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selesema dan sembuh dengan lebih cepat. Juga boleh menyediakan chicken bone broth yang bagus untuk tingkatkan sistem immune anak melawan batuk /selesema. 3. MAKANAN TINGGI VITAMIN C Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari untuk tingkatkan daya tahan badan anak. Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi iaitu: Strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis. Untuk anak yang kurang nak makan buah-buahan ini ketika selesema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.



8/12/21

Cara Meredakan Sakit Lutut

Edit Posted by with No comments


Banyak punca sakit lutut ni tapi ada je cara nak meredakan sakit lutut tu. Jom follow:

1. Balut lutut. Selalu bila sakit lutut menyerang,membalut lutut dengan bandage atau pembalut yang sesuai. Ia boleh mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot sekitar lutut. 2. Tuam ais. Teknik ni biasa dilakukan untuk mengurangkan rasa bengkak di lutut. 3. Kawal pemakanan. Berat badan berlebihan juga memberi tekanan kepada lutut untuk menampung. Jadi amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk mengatasi masalah sakit lutut ini. 4. Guna alat bantuan. Alatan yang seringkali digunakan adalah tongkat. Ia boleh mengurangkan beban kepada lutut. 5. Pilih kasut yang sesuai. Menggunakan kasut yang sesuai juga memberi impak pada lutut. Ia membantu mengurangkan stress. 6. Gunakan Xpress Spa. Sapukan losyen Xpress Spa di bahagian lutut. Fuh ia melegakan. Semoga bermanfaat 😊

8/11/21

Bayi Jatuh Sakit Tak Sama Dengan Orang Dewasa Yang Sakit?

Edit Posted by with No comments



👉🏻 Si kecil tu tak pandai nak beritahu apa yang dia rasa. Jadi kita yang kena perhatikan betul-betul bila dia tak sihat. 🍁 Kawasan saya asyik hujan je. Bilangan anak kecil yang terkena demam, batuk dan selsema nampaknya makin bertambah. 🚨 Kalau anak bawah usia 2 tahun ada tanda macam kat bawah ni tolong cepat cepat bawa ke FASILITI KESIHATAN terdekat ye: 🌵 Pernafasan laju dari biasa 🌵 Batuk berterusan 🌵 Kurang selera sampaikan tak makan atau minum susu 🌵 Dada nampak berlekuk ketika bernafas 🌵 Tiba tiba jadi tak aktif 🌵 Demam berturut-turut selama 3 hari dengan suhu badan yang tinggi melebihi 38°C 🥰 Kongsikan ilmu ni dengan pasangan kita juga ya. Sumber : Dr Redza